BUAH amla atau malaka sering dikaitkan dengan penjagaan rambut kerana ia menjadi amalan turun temurun masyarakat India. Namun sebenarnya, ia mempunyai pelbagai manfaat lain termasuk membantu menurunkan berat badan berlebihan. ARTIKEL BERKAITAN: Tarik rambut sampai dengar bunyi meletup legakan sakit kepala? Pakar jelaskan bahaya trend 'scalp popping' Bagi kaum hawa yang sukar mencapai berat badan idaman walaupun melakukan diet dan senaman, mereka boleh cuba menjadikan buah amla sebagai subjek utama. Ini kerana, amla kaya dengan mineral dan vitamin yang melindungi badan manusia daripada pelbagai penyakit. Jusnya pula mempunyai banyak vitamin C yang membantu meningkatkan imun dan melindungi tubuh daripada bakteria yang menyebabkan selsema dan batuk. Selain dapat membantu penghadaman, menggalakkan kulit yang sihat dan cantik, ia juga mampu meningkatkan daya penglihatan. Mungkin ramai yang menolaknya kerana rasa masam, tetapi apabila diambil semasa perut kosong, jus amla akan berfungsi dengan baik. Ini lima manfaat yang menakjubkan jika mengamalkan jus amla setiap hari pada waktu pagi dan ketika perut kosong. Jus amla juga membantu individu yang ingin turunkan berat badan. 1. Penurunan berat badan Minum jus Amla semasa perut kosong akan membantu dalam menurunkan berat dan mendapatkan bentuk badan idaman. Jus Amla mengandungi antioksidan yang membantu menguatkan sistem pencernaan dan meningkatkan metabolisme. Ia membantu dalam pembakaran lemak serta pengurangan kolesterol dan jus amla juga mengandungi asid lemak, vitamin serta unsur yang meningkatkan tenaga tanpa menambah lemak. 2. Menyingkirkan toksin Buah yang mempunyai rasa masam sering dikaitkan dengan bahan detox! Seperti lemon, jus amla akan membantu sistem badan menyahtoksik jika ia diminum semasa perut kosong. Ia akan membuatkan pengeluaran lebih banyak air kencing yang mana aliran air kencing yang berlebihan membantu dalam penyingkiran toksin berbahaya dari badan serta penyingkiran batu karang. Jangkitan kuman atau kencing kotor dapat dikurangkan dengan jus amla juga ya! Membantu meningkatkan daya penglihatan. 3. Baik untuk penglihatan Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa amla cukup baik dalam meningkatkan daya penglihatan. Ini kerana, buah kecil berwarna hijau itu termasuk dalam kategori sebatian karotena, yang membantu dalam meningkatkan penglihatan. Pengambilan jus amla setiap hari akan meningkatkan kesihatan mata dan mengurangkan masalah seperti katarak, kerengsaan dan mata lembap. 4. Tingkatkan tenaga anda Minum jus amla pada waktu pagi semasa perut kosong mampu memberikan banyak khasiat dan tenaga untuk sepanjang hari. Jus Amla bertindak sebagai penggalak tenaga atau minuman tenaga pada waktu pagi sekali gus memastikan badan sentiasa cergas dan bertenaga. 5. Meningkatkan imuniti Antara buah yang tinggi dengan Vitamin C jadi dengan minum jus amla, imuniti badan dapat ditingkatkan. Amla juga dikatakan mempunyai lapan kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren. Oleh itu, ia membantu dalam rawatan jangkitan bakteria dan virus, serta pencegahan pelbagai masalah kesihatan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI