suria

Justin Bieber diserang sindrom Ramsay Hunt, ketahui punca dan gejalanya

Justin Bieber mendedahkan dirinya mengalami sindrom Ramsay Hunt.

SELEPAS isteri hampir terkena strok sekitar Mac lalu, kini giliran penyanyi Justin Bieber pula mengalami lumpuh separuh wajah akibat diserang virus yang dikenali Ramsay Hunt syndrome.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Justin turut berkongsi keadaan matanya tidak dapat berkelip dengan betul dan sukar untuk senyum.

ARTIKEL BERKAITAN: Justin Bieber lumpuh sebelah muka akibat diserang virus, terpaksa batalkan konsert terdekat

Penyanyi berusia 28 tahun itu turut memohon maaf kerana terpaksa membatalkan konsertnya yang akan berlangsung dalam masa terdekat.

Apa sebenarnya yang dikatakan dengan penyakit Ramsay Hunt Syndrome serta penyebab dan gejalanya?

Mayo Clinic melaporkan sindrom itu adalah sekelompok gejala diakibatkan oleh herpes zoster yang mempengaruhi saraf wajah berdekatan dengan salah satu bahagian telinga.

justin-bieber

Justin mengalami lumpuh pada sebelah wajahnya yang jelas memperlihatkan dia tidak mampu tersenyum dan matanya tidak boleh ditutup.

Sindrom ini juga mempunyai nama lain seperti zoster geniculate, herpes zoster oticus dan herpes geniculate ganglionitis.

Selain timbul ruam yang menyakitkan, ia juga boleh menyebabkan wajah menjadi lumpuh selain pendengaran turut terganggu akibat jangkitan kuman.

Sindrom Ramsay Hunt ini disebabkan oleh varicella-zoster iaitu virus yang sama seperti penyebab demam campak.

Penyebab sindrom Ramsay Hunt

Virus varicella-zoster adalah punca utama kepada penyakit ini yang mana ia akan menjangkiti saraf wajah berdekatan dengan bahagian telinga.

Bagi mereka yang pernah terkena demam campak, ada kemungkinan memiliki virus ini di dalam wajah mereka tetapi ia tidak aktif.

Sekiranya virus itu kembali aktif, terdapat beberapa gejala yang boleh dikenal pasti seseorang terkena sindrom itu iaitu kemerah-merahan yang berasa sakit, bintik-bintik berisi cecair di dalam dan sekitar telinga.

Selain itu, pesakit akan mengalami lumpuh pada bahagian wajah dan kebiasaannya, ruam dan kelumpuhan itu berlaku secara beriringan.

AAYkjlu

Justin membatalkan konsert jelajahnya disebabkan penyakit itu.

Tidak hanya itu, penderitanya boleh mengalami beberapa gejala lain seperti;

1. Sakit telinga

2. Gangguan pendengaran

3. Telinga berdengung

4. Kesukaran menutup bahagian mata yang lumpuh

5. Vertigo

6. Kesukaran mengunyah makanan

7. Mata dan mulut menjadi kering

Faktor berlakunya sindrom Ramsey Hunt

Sindrom ini boleh berlaku kepada lelaki atau wanita dan menurut kajian, setiap 100,000 orang di Amerika Syarikat menderita penyakit ini setiap tahun.

Malah sesiapa yang pernah terkena demam campak, berpotensi untuk terkena sindrom ini. Namun setakat ini, majoriti sindrom ini berlaku kepada golongan tua berusia 60 tahun ke atas selain jarang menyerang kanak-kanak.

Sindrom Ramsay Hunt juga boleh menyebabkan beberapa komplikasi serius kepada penderitanya, termasuklah;

1. Kehilangan deria pendengaran kekal

2. Wajah lumpuh kekal

3. Kerosakan mata

4. Rasa sakit kekal pada bahagian bekas cacar

5. Kelumpuhan atau mengalami ruam herpes zoster pada wajah

Rawatan segera sindrom itu ketika pesakit mula merasai gejala awal mampu mencegah terjadinya komplikasi jangka panjang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain