suria

Antara kurang, terlebih atau cukup tidur... anda tergolong dalam kumpulan mana?

Setiap individu memerlukan tidur yang mencukupi. foto Freepik / Jcomp

BERAPA jam anda tidur dalam sehari? Adakah anda cukup tidur?

Ramai antara kita masih tertanya-tanya berapa jam sebenarnya untuk mendapat tidur yang mencukupi.

Menerusi satu perkongsian, pakar kesihatan, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri memaklumkan bahawa tidur merupakan satu fasa penting di mana badan sedang melakukan proses pemulihan untuk memastikan tubuh sentiasa berada dalam keadaan yang optima.

"Namun apabila tidur tidak mencukupi, ia akan menyebabkan pelbagai komplikasi termasuk meningkatkan risiko sakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis dan peningkatan berat badan," katanya.

tidur cukup freepik senivpetro

Tidur merupakan satu fasa penting di mana badan sedang melakukan proses pemulihan. foto Freepik / Senivpetro

Lebih dikenali sebagai Dr Syid, katanya, individu yang pernah merasai pengalaman dengan tidur yang tidak mencukupi akan mula berasa pening, tidak boleh fokus dan tiada tenaga.

"Ini bukan simptom yang asing lagi, malah sembilan daripada 10 rakyat Malaysia mempunyai masalah dengan tidur," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidur dah cukup tetapi kenapa masih mengantuk? Ini 8 puncanya, mungkin ada kaitan masalah kesihatan anda

Berkongsi salah satu tip mudah untuk senang tidur, Dr Syid memberitahu ia adalah bersenam pada waktu pagi.

"Ini akan membantu regulasi hormon yang akan sebabkan mudah tidur juga," tambahnya menerusi hantaran di Facebook.

tidur cukup freepik benzoix

Keletihan kerana tidur yang tidak mencukupi. foto Freepik / Benzoix

Adakah anda cukup tidur? Anda tergolong yang mana satu?

Tidur kurang 6 jam:

Meningkatkan risiko serangan sakit jantung sebanyak 20 peratus.

Tidur lebih 8 jam:

Meningkatkan risiko serangan sakit jantung sebanyak 34 peratus.

Tidur yang cukup:

Tidur yang cukup adalah antara 7-8 jam. Ia dapat mengurangkan peratusan serangan sakit jantung.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain