suria

Kencing berdiri semudah ABC! Tapi awas kaum lelaki, ada risiko menanti...

Tabit kencing berdiri mengundang risiko. foto Freepik / Jcomp

RAMAI lelaki ingat membuang air kecil semudah A, B, C. Buka zip seluar, 'tembak'!

Tetapi ini tidak bermakna anda boleh mengambil ringan tentang cara melakukannya.

Sama ada di tempat urinal atau pada mangkuk tandas, ramai membuang air kecil dengan cara berdiri.

kencing berdiri freepik lifeforstock

Ramai lelaki suka kencing berdiri. foto Freepik / Lifeforstock

Pengamal perubatan, Dr Ahmad Samhan Awang bagaimanapun berkata, membuang air kecil atau kencing dengan cara tersebut sebenarnya mengundang pelbagai risiko.

"Saya pernah berjumpa dengan pesakit lelaki berusia 20-an datang ke wad kecemasan akibat batu karang. Datang dalam keadaan meronta-ronta kerana terlalu sakit.

"Nak berdiri pun tak boleh, baring pun sakit. Semua kedudukan pun sakit. Hingga saya nak tanya soalan pun tak boleh jawab hanya mampu tunjuk sakit di bahagian pinggang.

"Selepas beri suntikan ubat tahan sakit, dia baru mampu bercakap. Dia menghadapi masalah batu karang dan kencing berdiri merupakan salah satu puncanya," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas suka tahan kencing... 4 masalah ini menanti anda!

Dr Ahmad Samhan berkata, risiko kencing berdiri adalah lebih tinggi pada lelaki berbanding perempuan terutama mereka yang mempunyai masalah gejala saluran kencing yang lebih rendah (LUTS) seperti pembengkakan kelenjar prostat.

"Ia boleh terjadi pada semua peringkat umur. Pesakit paling muda yang saya pernah jumpa berusia 19 tahun," katanya yang berpengalaman lebih lima tahun dalam bidang perubatan.

kencing berdiri freepik jcomp 2

Kerap rasa nak kencing antara gejala batu karang. foto Freepik / Jcomp

Berikut adalah risiko utama yang berpunca dari membuang air kecil secara berdiri:

1. Batu Karang

Apabila kencing dalam keadaan berdiri, otot pelvis berada dalam keadaan tegang dan ia menyukarkan air kencing keluar sepenuhnya. Ini kerana air kencing yang tidak habis dikeluarkan akan mula membentuk asid yang keras seperti batu dan seterusnya akan memenuhi pundi kencing dan buah pinggang anda.

Gejala: Sakit belakang secara tiba-tiba, kencing berdarah, kencing tak lawas dan ada pasir dalam air kencing.

2. Jangkitan pundi kencing

Sisa air kencing dalam pundi kencing menjadi medium untuk kuman membiak.

Dr Ahmad Samhan berkata, kebanyakan tandas yang mempunyai tempat kencing berdiri sememangnya tidak disediakan dengan kemudahan paip.

Justeru katanya, tabiat tidak membasuh alat sulit dengan bersih selepas kencing akan meningkatkan risiko jangkitan fungus (kandidiasis) dan jangkitan kepala zakar (balanitis).

Gejala: Sakit bawah perut, kerap rasa nak kencing dan sakit ketika kencing.

dr ahmad samhan

Dr Ahmad Samhan.

3. Jangkitan fungus (kandidiasis)

Gejala: Gatal, rasa hangat, sakit semasa hubungan seksual, tidak selesa, sakit semasa kencing dan irritasi (perengsaan)

4. Jangkitan kepala zakar (balanitis)

Gejala: Sakit kepala zakar, bengkak, kemerahan, ruam, keluar lendir busuk

Sehubungan itu, Dr Ahmad Samhan menjelaskan bahawa posisi paling sesuai untuk kencing adalah duduk atau mencangkung.

"Dalam posisi duduk, mudah untuk air kencing keluar sepenuhnya dan tiada sisa air kencing tertinggal dalam pundi air kencing.

"Otot-otot pelvis berada dalam keadaan rehat yang memudahkan pengeluaran air kencing dan sisa air kencing tidak tertinggal dalam pundi kencing, dan otot belakang berada dalam keadaan rehat yang maksimum," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain