suria

Ayah hero kita! Ada 5 perkara bapa perlu selalu beritahu pada anak perempuan

Anak perempuan menyifatkan bapa sebagai hero. foto Freepik / Wayhomestudio

KITA sering kali mendengar anak perempuan lebih rapat dengan bapanya.

Betul ke? Mungkin ada kebenarannya kerana bapa merupakan lelaki pertama dalam hidup mereka.

Justeru, bapa memainkan peranan amat penting dalam membesar, mendidik dan membentuk keperibadian anak perempuan mereka.

Pakar perubatan, Dr Redza Zainol berkata, jika ibu merupakan tempat anak perempuan berasa paling selamat, bapa pula akan mengangkat anak perempuannya hingga dia terbang setinggi-tingginya.

anak ayah freepik pch vector

Hubungan akrab bapa dan anak perempuan. -gambar hiasan foto Freepik / Pch.Vector

Sehubungan itu, beliau yang sering berkongsi ilmu keibubapaan dan kesihatan kanak-kanak berkata, terdapat lima perkara seorang bapa perlu beritahu kepada anak perempuannya supaya mereka berasa dihargai..

5 perkara yang seorang bapa mesti selalu beritahu anak perempuannya:

1. "Kakak boleh cerita pada ayah tentang apa saja dan ayah akan dengar setiap cerita kakak."

- Anak perempuan akan berasa diri mereka didengari.

2. "Tak kira sebesar mana pun masalah kakak, ayah akan tolong selesaikan masalah tu."

- Anak perempuan akan berasa keberadaan ayahnya.

anak ayah freepik

Kasih seorang bapa yang tidak berbelah bahagi. -gambar hiasan foto Freepik

3. "Ayah gembira apabila kakak senyum. Ayah tak suka tengok kakak sedih."

- Anak perempuan akan rasa si ayah umpama hero yang selalu melindungi dirinya.

4. "Bijaknya anak ayah. Boleh fikir macam-macam idea."

- Mereka cuma nak seorang ayah yang kagum dengan idea dan pendapat mereka.

- Anak perempuan nak rasakan yang mereka bijak di mata ayah.

5. "Nilai diri kakak tersangat besar. Jangan sekali-kali merendahkan nilai itu untuk sesiapa pun."

- Ayahlah orang paling penting untuk anak perempuan bina 'self-esteem' dirinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain