suria

September bulan paling ‘meriah’ kes curang, zina berleluasa sehingga digelar ‘seks-tember’ - Kajian

Tinjauan di UK mendapati ramai pasangan mula curang pada September. Foto: Getty Images/iStockphoto.

SATU kajian yang dilakukan ke atas 2,000 individu di United Kingdom (UK) merumuskan bahawa September sebagai bulan paling aktif untuk berlakunya kes curang.

Dalam tinjauan yang dilakukan, lelaki dan perempuan cenderung untuk memulakan hubungan sulit pada September berbanding bulan-bulan lain.

Tinjauan turut mendapati kes penipuan ke atas pasangan masing-masing melonjak sebanyak 22 peratus pada permulaan bulan ini.

0_Couple-gets-caught-while-making-love

Kecurangan juga dilihat kembali aktif apabila fasa bekerja dari rumah telah berakhir.

Kajian yang dijalankan oleh IllicitEncounters mendapati bahawa 32 peratus wanita dan 34 peratus lelaki berkata musim panas memberi tekanan pada hubungan mereka.

Kecurangan juga dilihat memuncak apabila fasa bekerja dari rumah ketika pandemik telah berakhir dan kini ramai telah kembali bekerja di pejabat seperti biasa.

Pejabat turut disebut sebagai 'lubuk' kes curang yang mana para pekerja menjalinkan hubungan dengan rakan-rakan sekerja tanpa pengetahuan pasangan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Kepuasan seksual, masalah mental antara 6 sebab suami sanggup berlaku curang!

Tinjauan itu mendapati September telah mengambil alih Januari sebagai bulan terbesar untuk perlakuan zina, sehingga ia kini digelar sebagai bulan seks-tember.

Januari secara tradisinya sentiasa menjadi bulan kemuncak untuk menipu dan curang kerana pasangan yang tidak berpuas hati menggunakan alasan Tahun Baharu untuk mencari pasangan baharu.

Berikut merupakan senarai bulan yang paling cenderung untuk bermulanya sesebuah hubungan sulit:

1) September

2) Januari

3) Julai

4) Jun

5) Ogos

6) Mei

7) Oktober

8) Mac

9) November

10) April

11) Februari

12) Disember

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain