RATA-RATA wanita yang sudah berumah tangga semestinya berikhtiar untuk segera hamil. Justeru, ada dalam kalangan golongan ini mudah terpedaya dengan lambakan produk di pasaran yang kononnya mampu meningkatkan kesuburan. Begitu juga dengan golongan wanita yang sekian lama berkahwin namun belum lagi dikurniakan rezeki cahaya mata, mereka juga cenderung untuk terpengaruh dengan produk-produk tertentu. Situasi ini membuatkan pengusaha produk menjadikan golongan wanita sedemikian sebagai sasaran untuk melariskan produk 'overclaim' mereka. Isu ini turut mendapat perhatian Konsultan Obstetrik dan Ginekologi, Dr Imelda Balchin yang mengulas mengenai produk 'overclaim'. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu sanggup telan produk pemutih demi lahirkan anak kulit cerah... Doktor ini kongsi 7 kesilapan wanita hamil "Doktor Imelda, betul ke kalau nak subur kena minum susu kambing?" "Masih ada lagi netizen-netizen yang terpedaya dengan penjual produk 'overclaim' dan tanya saya apakah makanan yang meningkatkan kesuburan. Dr Imelda berkongsi panduan buat pasangan yang sedang berikhtiar mendapatkan zuriat. Gambar hiasan "Jawapan saya ialah, masalahnya ialah terlebih makan, bukan kena tambah makan," kongsinya dalam satu hantaran di Facebook. Dr Imelda turut berkongsi panduan yang betul bagi pasangan yang sedang berikhtiar untuk meningkatkan kesuburan, iaitu: 1. Kurangkan pemakanan yang berlebihan 2. Lakukan senaman secara tetap (regular exercise) 3. Jangan benarkan berat badan anda menjadi obes 4. Suami amalkan gaya hidup sihat iaitu berhenti merokok, minuman keras atau hisap ganja. Menurut Dr Imelda, sekiranya suami atau isteri mempunyai masalah obesiti dan diabetes, maka kedua-duanya mesti cuba mengurangkan berat badan dan mengawal diabetes. "Kajian perubatan sudah membuktikan bahawa orang lelaki juga boleh dapat masalah kurang subur jika ada obesiti dan diabetes. "Kemudian, kalau tak conceive juga, sila buat temujanji di klinik infertility bersama suami anda, untuk pemeriksaan kesihatan kedua-dua suami dan isteri, bukan pergi cari apa lagi nak makan. Konsultan Obstetrik dan Ginekologi, Dr Imelda Balchin. "Hakikatnya ialah, pasangan suami isteri yang ada masalah kesuburan, 50 peratus puncanya ialah masalah kesuburan suami dan 50 peratus puncanya ialah masalah kesuburan isteri. "Tetapi penjual produk selalu target perempuan saja dan tuduh perempuan saja tak subur dan suruh perempuan saja beli produk dia," tulisnya. Tambah Dr Imelda lagi, belum ada bukti di mana amalan minum susu kambing boleh meningkatkan kesuburan. "Mungkin sebab ramai yang minum susu kambing tu kebetulan saja subur, dan memang pun subur, bukan sebab dia minum susu kambing tu. "Jangan tertipu. Jaga kesihatan. Jumpa doktor di klinik. Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda," kongsinya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI