ANAK kecil sememangnya mudah terdedah kepada sebarang jangkitan penyakit berikutan sistem imun mereka yang masih rendah berbanding orang dewasa. Tambahan pula jika anak-anak ditempatkan di taska, nurseri atau rumah pengasuh, ini secara tidak langsung menjadi salah satu faktor mereka mudah mendapat jangkitan penyakit. Justeru, ibu bapa dinasihatkan agar lebih peka dalam memantau kesihatan anak lebih-lebih lagi sekiranya mereka menunjukkan simptom dari segi tingkah laku mahupun simptom yang boleh dilihat pada tubuh badan. Menerusi laman sosial, seorang doktor, Dr Redza Zainol berkongsi mengenai penyakit yang digelar 'Scarlet Fever' yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa kesan anak alami bisu terpilih... Dekat rumah riuh rendah, jumpa ‘stranger’ diam seribu bahasa Berikut adalah info mengenai 'Scarlet Fever': 1. Biasa berlaku pada kanak-kanak berusia empat hingga lapan tahun 2. Disebabkan oleh bakteria Streptococcus yang boleh merebak melalui titisan pernafasan dan sentuhan 3. Anak mengalami demam tinggi melebihi 38 darjah Selsius 4. Lidah berwarna kemerah-merahan (dipanggil strawberry tongue) 5. Lidah merah dan bengkak 6. Ruam merah di badan. Ruam bermula dari leher, turun ke badan dan kemudian ke tangan serta kaki. 7. Tekstur kulit kasar seperti kertas pasir 8. Pipi kemerah-merahan 9. Selalunya anak akan nampak sangat-sangat letih Ambil perhatian sekiranya anak anda mengalami demam tinggi melebihi 38 darjah Selsius. Gambar hiasan Kaedah rawatan: - 'Scarlet Fever' perlu dirawat dengan antibiotik dan mengambil masa antara tujuh hingga 10 hari untuk sembuh - Ibu bapa yang mengesan tanda-tanda ini pada anak-anak perlu membawa mereka ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan segera. - Sekiranya anak sedang dirawat di rumah, cuba asingkan peralatan seperti berus gigi dan lain-lain daripada ahli keluarga yang sihat. Disarankan untuk membasuh barang-barang ini dengan baik dalam air panas dan menggunakan sabun. Ibu bapa perlu mencuci tangan dengan kerap, terutamanya selepas menjaga anak yang dijangkiti 'Scarlet Fever'. Semoga bermanfaat! Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI