suria

Celik mata terus terkam! 6 sebab perlu ajak pasangan berasmara waktu pagi, boleh senyum sepanjang hari

Seks waktu pagi mempunyai kesan baik terhadap pasangan yang sudah berumah tangga. Foto: Shutterstock.

SELAMAT pagi cinta!

Mungkin itulah dialog terbaik yang boleh anda ungkapkan kepada pasangan sejurus bangun tidur pada waktu pagi.

Selain bangun mandi untuk keluar bekerja ataupun menikmati sarapan, waktu pagi juga merupakan saat yang bagus untuk suami isteri melakukan hubungan seks.

"Seks, secara amnya, mempunyai kesan yang baik terhadap kesihatan kardiovaskular, kesihatan mental, kualiti hubungan intim, kemurungan, gejala sakit, dan fungsi imun.

"Jika anda melihat jam badan, anda akan mendapati tahap hormon lebih tinggi pada lelaki dan wanita ketika waktu pagi. Ini termasuk hormon seks seperti testosteron," kata Dr Sudeshna Ray, perunding obstetrik dan ginekologi di Hospital & Pusat Penyelidikan Jaslok, Mumbai.

Dr Sudeshna turut menyenaraikan enam kebaikan utama seks waktu pagi untuk suami isteri.

s`1

Seks yang menyeronokkan membawa kepada pembebasan hormon yang dipanggil oksitosin dan dopamin. Foto: Shutterstock.

1. Mood booster

Tidak dinafikan bahawa seks membantu dalam pembebasan hormon gembira yang menaikkan mood anda serta-merta.

Ia membuatkan anda berasa ringan secara mental dan juga menenangkan anda.

"Pelepasan hormon gembira seperti oksitosin dan dopamin pada waktu pagi boleh membuatkan sesiapa sahaja berasa lebih santai, fokus dan ceria sepanjang hari," kata Dr Sudeshna.

2. Sistem imun

Melakukan hubungan seks pada waktu pagi membantu dalam meningkatkan pengeluaran IgA dalam badan anda.

IgA adalah singkatan kepada Immunoglobulin A iaitu antibodi yang memainkan peranan penting dalam fungsi imun membran mukus.

Jadi, lebih banyak seks pagi bermakna imuniti yang lebih baik.

3. Ingatan

Seks membantu dalam mengaktifkan otak anda.

Tambah pakar perubatan itu, pada waktu pagi juga boleh membantu tenaga otak anda sepanjang hari.

file7jxffraxit31462itjx3

Seks membantu dalam pembebasan hormon gembira yang menaikkan mood anda serta-merta.

4. Senaman pagi

Seks waktu pagi selalunya berfungsi sebagai senaman yang hebat dengan intensiti sederhana, membakar kalori dan membantu anda memulakan hari dengan dos hormon bertenaga positif. Ia boleh menyumbang kepada regangan dan kelonggaran otot.

5. Hilangkan rasa resah

Seks waktu pagi boleh membantu anda menangani kebimbangan seksual.

Kebimbangan seksual adalah sangat biasa pada sesetengah orang. Ia boleh berlaku disebabkan rasa malu dengan badan sendiri atau teragak-agak tentang perbuatan itu.

file7400vcf7sec10cxkzodj

Seks waktu pagi berfungsi sebagai senaman yang hebat dengan intensiti sederhana.

Menurut pakar psikologi klinikal Dr Bhavna Bharmi, ini menjadi salah satu sebab yang boleh menyebabkan tekanan dan kebimbangan.

Pada waktu pagi, anda dan pasangan anda berada dalam keadaan yang sangat terdedah.

Anda berdua mendapati satu sama lain pada tahap keintiman yang sama dan menjadi lebih mudah untuk menerima sisi manusia.

Disebabkan ini kebimbangan seksual boleh dijinakkan.

6. Libido

Selepas berehat dengan betul, badan anda bersedia untuk kembali aktif pada waktu pagi.

Jika anda melakukan hubungan seks pagi, badan mampu menghasilkan jumlah hormon seks yang baik dan ini membawa kepada keseronokan yang lebih.

Seks yang menyeronokkan membawa kepada pembebasan hormon yang dipanggil oksitosin dan dopamin. Ia juga akan meningkatkan libido serta kepuasan setiap pasangan.

Masih ragu-ragu tentang seks pagi? Cubalah dengan pasangan anda dan lihat bagaimana ia menaikkan semangat anda!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain