suria

Duduk dalam kereta pun ada caranya! Wanita terbabit kemalangan lumpuh sebab letak kaki atas dashboard

Pebuatan meletakkan kaki di atas dashboard membawa risiko patah tulang pinggul.

ADA dalam kalangan kita yang suka meletakkan kaki di atas dashboard (papan pemuka) setiap kali menaiki kereta.

Perbuatan ini biasanya dilakukan oleh mereka yang duduk di kerusi penumpang hadapan.

Kononnya nak luruskan kaki, duduk secara santai-santai, namun tahukah anda perbuatan itu sebenarnya membawa implikasi keselamatan yang besar?

Menurut Public Health Malaysia, perbuatan ini berbahaya dan anda mungkin cacat seumur hidup.

"Airbag (beg udara) merupakan komponen keselamatan yang boleh menyelamatkan nyawa anda ketika kemalangan. Kereta-kereta moden biasanya mempunyai airbag.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan hanya gumpalan nasi, air gas dan 3 cara lain juga mampu bantu masalah tercekik tulang ikan

"Jika kemalangan impak dari depan, airbag dashboard akan terbuka. Seorang ibu anak tiga meletakkan kakinya di atas dashboard semasa dalam perjalanan.

"Apabila kemalangan dari arah hadapan berlaku, airbag mengembang dan terus menolak kaki mangsa ke atas dan mengepit ke muka.

"Mangsa lumpuh selepas tulang pinggulnya patah dan terkeluar dari soket. Hidungnya patah disebabkan kepala lutut kakinya menyentuh hidung," demikian perkongsian oleh pengendali Facebook Public Health Malaysia.

Agensi keselamatan menyarankan agar orang ramai tidak meletakkan kaki di atas dashboard kerana anda mungkin mengalami perkara sama atau kepala lutut tembus ke mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain