suria

Elak ‘grooming’ songsang! Ajar anak mandi sendiri seawal usia 5 tahun, galakkan pakai seluar basahan

Mandi bersama anak-anak mungkin memudahkan ibu bapa yang sering kesibukan namun harus ada batas usia.

KESIBUKAN kerja dan tugasan harian di rumah mendorong ibu bapa mengambil jalan mudah dengan mandi bersama anak-anak.

Tambahan pula ia dapat menjimatkan masa di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Namun, semakin besar usia anak, rasa ingin tahu akan semakin tinggi.

Justeru Pakar Psikologi Kanak-Kanak, Efnie Indrianie, menegaskan bahawa usia lima tahun merupakan batas umur ideal untuk anda dan si kecil mandi bersama.

Berpandangan sama, penulis yang juga pengasas Kumpulan Bimbingan Pendidikan Seksualiti Keluarga, Wan Nur Syakira turut berkongsi informasi berkaitan.

Berdasarkan garis panduan yang diberikannya, ibu bapa wajar mengajar anak-anak cara untuk menguruskan diri seperti mandi sendiri sejak usianya lima tahun.

Kanak-kanak perlu diajar menguruskan diri sendiri sejak kecil.

Kanak-kanak perlu diajar menguruskan diri sendiri sejak kecil.

Menurutnya, mandi sendiri adalah salah satu kemahiran urus diri yang sangat penting.

Malah mengikut milestone perkembangan kanak-kanak, umur 6-10 tahun sudah sepatutnya mampu melakukan rutin mandi sendiri tanpa bantuan sesiapa pun.

“Fasa anak berumur 6 tahun ke atas, anak sepatutnya mempunyai kebolehan berdikari mandi sendiri dan melakukan rutin ke tandas sendiri. Umur sekolah rendah adalah usia pra baligh dan kanak-kanak perempuan boleh baligh seawal umur 9 tahun mengikut Islam.

“Oleh itu mereka harus diingatkan menjaga aurat sendiri dan tidak melihat aurat orang lain mahupun adik beradik, ibu bapa dan sepupu-sepupu,” jelasnya menerusi perkongsian di halaman Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Adakah dibolehkan mandi dalam keadaan telanjang?

Tidak dinafikan kekangan yang berlaku akan menyebabkan ibu mahupun bapa terpaksa mandi bersama anak-anak, oleh itu sebagai orang dewasa mereka dinasihatkan untuk memakai kain basahan.

Manakala jika di tempat awam, sebagai contoh di sungai mahupun kolam, haruslah dilatih berpakaian sempurna.

“Umur 1-5 tahun, boleh mandikan bersama. Cuma saranan saya, didik mereka untuk pakai seluar basahan atau kain basahan. Secara peribadi, saya melatih anak saya berumur setahun 6 bulan dan 3 tahun untuk memakai seluar basahan ketika mandi bersama.

“Amatlah baik, anak dididik menjaga pandangan dari kecil. Kanak-kanak seperti sponge, menyerap segala apa yang dilihat,” katanya.

Ajar anak memakai pakaian basahan ketika mandi bersama.

Ajar anak memakai pakaian basahan ketika mandi bersama.

Dalam pada itu, Wan Nur Syakira turut berkongsi teknik untuk galakkan penggunaan seluar dan kain basahan kepada anak-anak.

Mengakui alami kesukaran pada awalnya kerana anak-anak enggan pakai, ujarnya, kaedah yang dilakukan adalah menggunakan social story tentang perkara tersebut.

“Peka dengan momen bersama mereka setiap hari yang kita boleh selitkan tentang pakai seluar basahan ini seperti ‘petang nanti kita mandi pakai seluar basahan ok, malulah dekat adik nampak zakar abang, abang pun malu kan bila adik tengok zakar abang... kan ibu ada cakap, zakar orang kita tak boleh tengok, ingat tak?’

“Kita terujakan ajakan tu dan apabila dah selalu pakai... puji dan beritahu ‘bagusnya abang dan adik pakai seluar basahan, baru tak malukan’. Ia secara tak langsung dapat tingkatkan semangat anak.

“Jika sesekali mereka enggan pakai, tidak mengapa dan jangan terlalu tegas dalam proses latihan,” jelasnya lagi.

Tambahnya, ibu ayah yang dalam proses melatih anak mandi juga perlu menjaga aurat serta tidak mandi bogel dengan anak.

Berkongsi cerita, beliau turut menyatakan pernah mendengar pengakuan daripada salah seorang lelaki yang menyatakan dirinya hidup 'songsang' disebabkan sering mandi bersama sepupu yang secara langsung grooming dirinya untuk menjadi gay.

Malah dikatakan, lelaki terbabit sedang berusaha keras untuk mengubah sikapnya bagi menjalani kehidupan sebagai seorang yang normal.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain