suria

Cipta hiasan rangoli, masak bersama... erat hubungan sempena Deepavali

Rangoli atau kolam merupakan hiasan berwarna-warni menggunakan serbuk beras.

SELAMAT menyambut Hari Deepavali buat kaum India! Perayaan kali ini mesti lebih meriah dengan kehadiran sanak saudara dan aktiviti kunjung-mengunjung.

Apabila musim perayaan, keseronokan bersama keluarga dan sahabat handai adalah paling utama di samping menikmati hidangan kegemaran.

Seperti yang diketahui, Deepavali turut dikenali sebagai Pesta Cahaya dan merupakan perayaan utama bagi masyarakat India yang beragama Hindu, Sikh dan Jain, yang mana ia disambut pada Oktober atau November setiap tahun.

Kebiasaannya masyarakat di India akan menyambut Deepavali selama tiga hingga lima hari berturut-turut, namun di Malaysia hanya sehari sahaja, Bagaimanapun ia terpulang kepada individu tersebut untuk meraikannya sebanyak mana hari yang mereka inginkan.

Bagi perkongsian kali ini, mStar senaraikan beberapa tips yang boleh anda lakukan bersama ahli keluarga berdasarkan laporan India.com.

1. Pilih keselesaan berbanding gaya

Ya, Diwali adalah mengenai pereka lehengas, sherwanis, saree dan dhotis. Manjakan diri anda dan keluarga dengan memilih jenama pakaian berjenama yang selesa dan keluar serta bergambarlah dengan gembira!

masak bersama

2. Masak bersama-sama

Masuk ke dapur bersama anak-anak anda dan kongsikan keseronokan memasak dengan mereka. Duduk dan buatlah acuan ladoo dengan cara yang sempurna supaya dapat cipta kenangan menarik bersama.

3. Eratkan hubungan kekeluargaan menerusi rangoli

Satu lagi cara yang selamat dan menyeronokkan untuk melibatkan anak-anak ialah dengan membuat hiasan berwarna. Selain memberi fokus untuk mereka bentuk Rangoli yang berwarna-warni atau Kolam, mereka juga dapat menyelami budaya yang diwarisi nenek moyang.

Jika mereka terlalu muda, satu sudut bilik mereka akan sesuai manakala yang lebih tua pula, serahkan ruang berhampiran pintu masuk rumah anda. Pasti mereka berasa gembira! Tapi awas, jangan guna pakaian cantik atau baharu semasa menghias Rangoli ya.

Gargi

4. Tetapkan masa untuk tonton filem

Selepas seharian meraikan perayaan, pasti anda sekeluarga berasa penat. Apa kata tenangkan diri anda dengan melakukan aktiviti santai bersama anak-anak.

Tandai buku senarai filem mesra keluarga terbaik yang boleh anda tonton bersama anak-anak. Tiada yang lebih baik daripada pelukan selesa dengan anak-anak dan semangkuk makhana atau popcorn. Cubalah!

5. Bina masa melalui aktiviti

Jika anda kebosanan, pastinya anak-anak juga akan berasa begitu bukan? Oleh itu, ciptakan masa bersama dengan menjadikan sisa bahan mentah seperti kacang tanah sebagai hiasan yang menarik. Banyak yang boleh kita lakukan untuk menghiasi rumah dan bilik kanak-kanak. Ia sangat menyeronokkan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain