suria

Bukan sekadar cegah kehamilan! Ramai wanita mengaku seks lebih menyenangkan jika guna kondom - Kajian

Penggunaan kondom dapat melindungi diri anda daripada penyakit seksual.

SEBUT sahaja kondom, pasti ramai yang berfikiran negatif kerana ia sering kali dikaitkan dengan sarang pelacuran serta individu yang mengamalkan seks bebas.

Disebabkan stigma negatif itu jugalah, pasangan suami isteri berasa segan untuk membelinya.

ARTIKEL BERKAITAN: INSAN lindungi rakyat Selangor, bayi 30 hari pun dah boleh daftar! Perlindungan insurans am sehingga RM10,000 secara percuma

Tahukah anda bahawa penggunaan kondom dalam hubungan seks sangat penting dan ia bukanlah sekadar alat untuk mencegah kehamilan.

Memetik laporan kumparanwoman, dengan penggunaan kondom, anda dapat melindungi diri daripada penyakit menular seksual hingga penyakit kelamin seperti mencegah semen dan cairan tubuh lainnya memasuki vagina, rektum mahupun mulut.

Namun tidak dinafikan, kaum lelaki sebolehnya mengelak daripada menggunakan kondom kerana bimbang tidak merasakan kepuasan ketika bersama berikutan tiada sentuhan antara kulit (skin to skin).

Lelaki sering mengelak menggunakan kondom kerana tiada sentuhan skin to skin.

Lelaki sering mengelak menggunakan kondom kerana tiada sentuhan skin to skin.

Berdasarkan kajian The Pleasure Gap Study 2022 yang dilakukan oleh Durex, 61 peratus perempuan mengaku mendapat pengalaman seks yang lebih menyenangkan apabila pasangan memakai kondom.

Kajian yang dilakukan bersama platform digital Toluna itu melibatkan 535 responden, dengan perincian 242 lelaki dan 293 perempuan Indonesia yang berusia 18–34 tahun.

Sama ada menggunakan alat pelindungan atau tidak, setiap pasangan seharusnya sentiasa berkomunikasi tentang apa yang disukai atau tidak ketika melakukan hubungan intim.

Menurut psikologi klinikal Inez Kristanti, suami isteri boleh memulakan bicara santai selepas berhubungan seperti 'Bagaimana tadi, ada yang tidak disukai?'.

"Sebelum memulakan perbincangan berkaitan hubungan seksual, pastikan dahulu situasi semasa dengan pasangan serta apa sahaja isu dibincang dengan baik.

"Jangan berharap isu intim dapat dibincang jika perkara lain berkaitan anda berdua belum selesai," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain