suria

Elak jumpa bomba gara-gara pakai cincin anu, makan saja 4 makanan ini untuk kaum lelaki ‘tahan lebih lama’

Kaum lelaki pasti rungsing apabila sering 'tewas' awal.

BOLEH dikatakan, hampir setiap minggu ada saja laporan tentang anggota bomba memotong cincin pada kemaluan lelaki.

Terkini penggunaan cincin kemaluan itu mengakibatkan seorang isteri berdepan detik cemas kerana mengalami pendarahan teruk disebabkan pangkal rahimnya terkoyak.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemaluan isteri berdarah tanpa henti pukul 3 pagi, doktor terpaksa ‘soal siasat’ suami... Rupanya angkara cincin

Difahamkan, penggunaan cincin tersebut bagi membantu kaum lelaki mengekalkan eraksi dan membolehkan hubungan intim berlangsung lebih lama.

Bagi mengelakkan penggunaan alternatif lain untuk sensasi seksual yang mungkin akan memudaratkan, apa kata anda amalkan pemakanan sihat seperti buah-buahan.

Lebih selamat dan yang penting tidak memalukan!

walnut

1. Almond, walnut dan kekacang

Kekacang seperti ini kaya dengan high-density lipoprotein (HDL) atau dikenali sebagai 'kolesterol baik'.

Ia dapat membantu menyerap kolestrol jahat dan membawanya kembali ke hati. Ketika kolestrol jahat tersangkut pada arteri dan pembuluh darah, ia akan menghalang aliran darah ke organ-organ lain termasuk kemaluan atau penis.

Jadi, ambillah almond atau kacang lainnya bagi membantu badan anda melancarkan perjalanan kolestrol ke hati sekali gus menghapuskannya dari dalam sistem badan.

2. Tembikai

Buah yang kaya dengan air ini mengandungi citrulline dan ia merupakan buah terbaik untuk eraksi kerana dapat membantu melebarkan pembuluh darah anda.

Dengan mengamalkannya, darah mudah mengalir sehingga ke penis dan membantu anda mengekalkan stamina semasa hubungan intim.

Kandungan citrulline pada buah ini juga sama seperti timun dan labu.

blueberry

3. Jeruk dan blueberry

Bahan ini memiliki satu sifat penting yang dikenali flavonoid, maka tidak hairanlah ia dikategorikan sebagai makanan terbaik untuk organ sulit lelaki.

Flavonoid adalah antioksida yang membantu aliran darah dan membolehkan kemaluan lelaki membesar setelah dirangsang. Berdasarkan kajian Universiti Oxford, kesan mengamalkan makanan yang kaya dengan flavonoid mengurangkan ketidakfungsian eraksi kira-kira 11 peratus.

4. Tomato

Tomato mengandungi likopen yang turut terdapat dalam buah berwarna merah tua seperti anggur.

Beberapa kajian menunjukkan likopen dapat diserap dengan baik jika dicampurkan dengan makanan berminyak seperti avokado dan minyak zaitun.

Antioksida seperti likopen juga membantu melawan ketidaksuburan lelaki serta kanser prostat. - Okezone

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain