MUNGKIN anda merasakan bahawa ibu mahupun bapa yang sudah meninggal dunia ingin gambar-gambar mereka digantung di dinding rumah sebagai tanda diingati atau setiap barang peninggalan mereka disimpan rapi. Tidak hairanlah kebanyakan anak cenderung untuk menyimpan barang yang ditinggalkan arwah ibu atau bapa mereka mahu pun menggunakannya. ARTIKEL BERKAITAN: Demi nak tunjuk ‘macho’, lelaki derita dalam diam! Pakar bimbang ramai kaum Adam alami kemurungan Ada pula yang gemar meratapi kehilangan arwah ibu mahupun bapa seolah-olah ia satu-satunya cara untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang. Tidak kurang juga segelintir anak-anak yang sentiasa meluangkan masa menziarahi kubur dan membersihkan kawasan sekitar seperti mencabut rumput sehingga ada yang sanggup beberlanja ribuan ringgit semata-mata untuk menghiasi kawasan perkuburan. Bagaimanapun, kesemua yang dilakukan itu bukanlah perkara yang didambakan arwah ibu mahupun bapa. Berdasarkan perkongsian perunding kewangan, Zafran Mustafa di laman Twitter, hanya empat perkara yang diharapkan daripada anak-anak oleh arwah ibu dan bapa semasa di alam barzakh. Justeru katanya, sebagai anak wajib untuk meneruskan bakti dan khidmat kepada arwah ibu mahupun bapa. Bukan hiasan kubur yang diharapkan orang yang sudah meninggal dunia. - Gambar hiasan "Di sana mereka amat menantikan doa dan kiriman pahala khas daripada kita anak-anak mereka. "Pahala bacaan surah al-Fatihah yang disedekahan oleh anak-anak setiap hari untuk arwah ibu bapa. "Setelah matinya seorang ibu atau bapa, segalanya sudah berubah. Di alam barzakh, segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi," ujarnya. Malah katanya, perkara yang bernilai di alam sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim buat mereka. Zafran turut berkongsikan perkara yang perlu dilakukan sebagai anak. 1. Doa keampunan dan rahmat Allah untuk arwah ibu dan ayah. 2. Sedekah dan amal jariah yang diniatkan pahalanya untuk arwah ibu dan ayah daripada seorang anak. 3. Amal soleh yang dilakukan anak-anak hasil didikan mereka. 4. Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa sahaja kebaikan ibu bapa. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI