GURU kahwin anak murid, ibu bernikah dengan abang angkat anak atau nenek dinikahi cucu angkat. Demikian antara situasi yang sering berlaku pada masa ini. Tidak dinafikan golongan ibu tunggal atau wanita yang bercerai lebih sinonim dengan panggilan 'janda' menjadi pilihan anak teruna masa kini. Acap kali terlihat di media sosial, perkongsian tentang wanita lanjut usia berkahwin dengan pemuda berumur lingkungan 20-an meskipun mereka mempunyai bilangan anak yang ramai dan sudah dewasa. ARTIKEL BERKAITAN: Demi nak tunjuk ‘macho’, lelaki derita dalam diam! Pakar bimbang ramai kaum Adam alami kemurungan Malah ia bukan hanya 'trend' di Malaysia mahupun negara jiran Indonesia, tetapi turut berlaku di negara-negara lain. Menerusi laporan Okezone, ini 10 sebab kenapa golongan janda menjadi wanita idaman masa kini. Benarkah kerana mereka mempunyai banyak pengalaman dan lebih positif dalam hubungan? Perkahwinan antara nenek berusia 85 tahun dan pemuda berusia 24 tahun di China pernah tular kerana perbezaan usia 61 tahun. 1. Ingin belajar perkara baharu Difahamkan, lelaki muda memilih untuk bersama janda kerana mereka mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi. Bagi mereka, kaum wanita yang pernah melayari bahtera perkahwinan mempunyai pengalaman luas terutama daripada segi pemikiran, konsep dan perbezaan pendapat. 2. Banyak pengalaman Janda dianggap lebih berpengalaman dalam mengendali hubungan serta bersifat 'dewasa'. 3. Tidak mudah emosi Disebabkan pernah menempuh pelbagai perkara sama ada suka mahupun duka, wanita yang pernah berkahwin ini bijak mengekspresi dan mengendali emosi mereka. Ia sekali gus berbeza dengan anak dara yang gemar mengikut perasaan dan membentak apabila ada sesuatu yang tidak kena berlaku. 4. Lebih pandai menghormati Dalam sesebuah hubungan, rasa saling percaya dan menghormati adalah impian setiap pasangan. Jika kedua-duanya mengamalkan sifat seperti itu, hubungan pastinya menjadi lebih romantis. Kebanyakan lelaki mudah cair apabila mereka dihormati wanita yang dicintai. Pernah mengalami kegagalan membuatkan golongan janda lebih bekerja keras dalam segala urusan. 5. Lebih percaya diri Salah satu daya tarikan janda adalah rasa percaya diri. Seorang janda yang biasa hidup berdikari atas kaki sendiri biasanya memiliki rasa percaya diri tinggi sehingga tidak mudah bergantung pada lelaki. Oleh sebab itulah para lelaki muda lebih mudah jatuh hati. 6. Lebih menarik Tidak dinafikan bahawa personaliti golongan janda lebih menarik terutama sekali dalam etika berpakaian dan cara percakapan mereka. Selain berdikari, kebanyakan golongan ini mempunyai bisnes sendiri dan sukses dalam kehidupan. Wanita yang bersifat dewasa juga tidak mudah emosi dan pandai memujuk. 7. Lebih dewasa Sosok janda biasanya memiliki pemikiran dan sikap yang lebih dewasa berbanding para gadis. Hal inilah menjadi salah satu alasan kenapa kaum lelaki menyukai mereka. 8. Lebih berpengalaman Salah satu yang kerap menarik perhatian adalah pengalaman di ranjang. Selain itu, pengalaman dalam mengatur kewangan dan mengurus rumah tangga menjadi nilai tambah. 9. Kerja keras Seorang wanita yang berstatus janda pernah mengalami dua fasa dalam kehidupan, iaitu hidup bergantung sepenuhnya pada bekas suami atau hidup dengan usaha diri sendiri. Banyak janda yang pada akhirnya bekerja keras setelah ditinggalkan suami. Lelaki muda pastinya kagum melihat usaha keras golongan janda ini. 10. Lebih serius Disebabkan sebelumnya pernah mengalami kegagalan, seorang janda tentu tidak ingin mengulangi kegagalan yang sama. Maka, dalam menjalin hubungan yang baru ia tidak akan mempermainkan cinta dan lebih serius. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI