suria

Lelaki perut buncit bikin wanita lebih sayang? Jangan yakin sangat, silap-silap jadi punca penyakit!

Lelaki perut buncit menawan tapi bahaya jika berterusan. -Foto Freepik.com

PERUT buncit sangat sinonim dengan kaum adam yang sudah mendirikan rumah tangga.

Ada yang mengatakan mereka nampak lebih cool dan menarik serta menepati ciri idaman para wanita.

Namun tidak semua perut buncit boleh dibanggakan ya!

Anda mungkin berhadapan dengan bahaya yang boleh membawa maut, tambahan pula ia tidak menunjukkan sebarang gejala.

Perut buncit terjadi kerana adanya lemak berlebihan di bahagian perut, yang merupakan lemak visceral.

Lemak di dalam dan di sekitar perut terdiri daripada lemak subkutan dan lemak visceral yang berada jauh di dalam perut dan lemak visceral ini memadati organ yang boleh menyebabkan masalah kesihatan serius.

1. Diabetes

Lemak berlebih boleh meningkatkan risiko diabetes. Kelebihan berat badan atau obesiti akan membuatkan seseorang itu 90 kali lebih berisiko terkena diabetes type two.

Penelitian menunjukkan bahawa orang yang memiliki lemak perut yang dalam akan kehilangan kepekaan terhadap insulin.

Insulin adalah hormon yang mengatur kadar gula darah dalam tubuh manusia. Saat tubuh tidak bertindak balas, gula boleh menyebabkan masalah pada sistem tubuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau tak mahu anak jadi pendek, ibu hamil perlu elak minum kopi... Berhenti sebelum terlambat!

2. Hati

Hati merupakan organ yang memproses lemak dan lemak yang berlebihan akan disimpan oleh tubuh di dalam perut dan salah satunya sekitar hati.

Jika ada lemak berlebihan, hati akan berdepan kesulitan untuk memprosesnya sehingga membentuknya tompokan di dalam hati.

Sel sitokin yang dihasilkan oleh lemak sekitar hati itu akan mengganggu proses yang terjadi pada hati.

3. Hipertensi

Perut yang memiliki lebihan lemak viseral akan membuncit dan boleh menyebabkan hipertensi.

Hal tersebut boleh terjadi melalui tompokkan cairan menerusi sistem saraf serta sistem renin-angiotensin-aldosteron yang berhubungan dengan tekanan darah.

Perut buncit juga dapat menyebabkan perubahan resistensi pembuluh darah, sehingga berlakunya tekanan darah tinggi.

4. Strok

Lemak di dalam perut ini boleh mengganggu aliran darah pada pembuluh darah.

Kesannya, pembuluh darah menjadi semakin sempit dan berkemungkinan tersumbat yang dipanggil aterosklerosis.

Jika aterosklerosis muncul, penyumbatan akan membuat aliran darah ke otak terhalang sekali gus mengurangkan kemasukan oksigen yang mengakibatkan strok.

5. Kanser

Terdapat banyak kajian yang menyatakan perut buncit juga berpotensi menyebabkan kanser.

Ini kerana, lemak viseral yang sudah bertompok akan memenuhi ruangan di dalam perut dan menyebabkan jumlah oksigen berkurang sekali gus menyebabkan keradangan.

Dalam jangka masa panjang, keradangan yang berlaku itu boleh meningkatkan risiko kanser yang mana sel-sel tubuh akan rosak disebabkannya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain