suria

Teringin bertubuh kekar seperti Ronaldo? Cuba tinggalkan gula tambahan dalam makanan seharian

Cristiano Ronaldo sentiasa menjaga pemakanannya bagi mengekalkan kecergasan serta bentuk badan ideal.

SIAPA yang tidak mengenali Cristiano Ronaldo, figura ternama dalam kancah bola sepak.

Meskipun terpalit pelbagai kontroversi sehingga terpaksa meninggalkan kelab Manchester United baru-baru ini, namun bintang sensasi itu pernah dinobatkan Pemain Abad 2001-2020 Anugerah Globe Soccer.

Malah dia berjaya mencatatkan rekod sebagai pemenang lima kali Liga Juara-Juara UEFA (empat bersama Real Madrid, satu bersama Man United) dan memimpin pasukan kebangsaan Portugal memenangi gelaran utama pertama mereka, UEFA EURO 2016.

Bukan itu sahaja, individu yang mesra dengan jolokan CR7 ini juga banyak menerima penghargaan dan gelaran kerana kepantasannya dalam setiap perlawanan.

Melihatkan kecergasannya itu, pasti ramai yang tertanya-tanya diet pemakanan yang diamalkan beliau, bukan?

ARTIKEL BERKAITAN: Pantau 5 situasi ini... itulah isyarat badan jika terlebih ambil gula

Untuk pengetahuan anda, pemain kelahiran Portugal ini sangat mementingkan aspek pemakanannya terutama sekali berkaitan gula.

Jom semak kesan pada tubuh apabila anda mengurangkan pengambilan gula dalam kehidupan seharian seperti CR7.

1. Berat badan akan turun

Cuba anda ambil makanan yang sama, tetapi kali ini tanpa gula olahan tambahan seperti gula merah, sirup jagung, madu mahupun sirup maple.

Dengan mengelakkan pengambilan gula tambahan seperti itu, kadar kemasukan kalori dalam tubuh anda akan berkurang.

Malah banyak kajian dan pemerhatian yang diterbitkan di BMJ menunjukkan, jika gula tambahan dikurangkan dalam makanan bermula 10 hingga 71 gram sehari dapat membantu menurunkan berat badan.

2. Turunkan risiko diabetes

Penelitian menunjukkan bahwa pengambilan gula yang tinggi terutamanya dalam minuman manis, akan membuatkan seseorang itu mudah terkena penyakit.

Ini juga berkait rapat dengan penambahan berat badan apabila seseorang itu mengambil banyak kalori dalam bentuk gula kosong nutrisi.

Berat badan berlebihan atau obesiti ini sering disertai dengan masalah gula dalam darah, serta berkurangnya kepekaan terhadap insulin yang mengarah ke diabetes type 2.

GULA1

Gula berlebihan dalam badan boleh menyebabkan masalah sampingan pada tubuh.

3. Melambatkan proses penuaan kulit

Diet gula tambahan juga akan membantu menjaga glukosa darah sekali gus dapat memperlambatkan penuaan kulit.

Diet tinggi gula mengarah pada produksi AGE- advanced glycation end products (produk akhir glikasi lanjut), dan AGE ini dikaitkan dengan percepatan proses penuaan kulit.

Kajian menunjukkan bahawa dengan mengurangkan pengambilan gula, seseorang itu dapat melambatkan kesan penuaan yang dimiliki AGE.

4. Jarang sakit

Radang kronik seperti radang sendi serta gangguan dan sindrom metabolisme kebiasaannya berpunca daripada gaya hidup seseorang.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nutrition Research, dengan mengurangkan sekitar 23 gram gula tambahan setiap hari dapat membantu menurunkan protein C-reaktif.

Dengan amalan diet gula tambahan juga, anda boleh meminumkan kesan keradangan yang ada, serta mencegah pembentukan baru.

5. Mengurangkan risiko depresi

Bukan hanya fizikal, kesan mengehadkan pengambilan gula juga baik untuk kesihatan mental.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain