suria

Tak gayat ke? Atasi masalah ‘kecut perut’ di tempat tinggi, penyakit fobia yang boleh dirawat

Tindakan warga Rusia yang menceroboh Menara Merdeka 118 mengundang kekecohan dalam kalangan rakyat Malaysia.

KISAH seorang warga Rusia bernama Angela Nikolau menceroboh dan memanjat Menara Merdeka 118 kecoh diperkatakan sejak beberapa hari lalu.

Pencerobohan yang dibuat bersama seorang lagi lelaki dikenali sebagai Ivan Beerkus itu bukan sahaja mengundang kemarahan ramai, malah ada yang turut tertanya-tanya mengenai keberanian mereka.

"Tak gayat ke? Tak takut mati ke?" itu antara soalan yang diajukan segelintir netizen sejurus melihat foto serta video memaparkan mereka berdua di puncak pencakar langit itu.

Apa itu akrofobia?

Bagi yang tertanya-tanya, rasa takut atau fobia terhadap ketinggian digelar sebagai akrofobia.

Menurut Cleveland Clinic, penghidap akrofobia mempunyai ketakutan melampau terhadap situasi yang melibatkan ketinggian seperti berada di dalam bangunan atau menggunakan tangga.

Akrofobia juga merupakan satu keadaan kesihatan mental yang mana individu mengalami ketakutan yang melampau terhadap ketinggian dan dianggap sejenis gangguan kecemasan.

553 (2)

Akrofobia biasanya boleh dirawat dengan rawatan psikologi.

Kebanyakan kita mungkin berasa tidak senang atau agak goyah jika melihat ke bawah dari satu paras ketinggian, contohnya seperti jambatan.

Tetapi penghidap akrofobia mengalami ketakutan yang teruk dan tidak munasabah apabila mereka berhadapan dengan ketinggian, termasuk tugas harian seperti memanjat tangga atau berdiri berhampiran balkoni.

Dari segi simptom fizikal, penghidap akrofobia akan mengalami degupan jantung yang cepat, sesak nafas dan pening kepala apabila memikirkan atau melihat ketinggian.

Punca

Penyelidik tidak pasti apa sebenarnya yang menyebabkan akrofobia. Mereka percaya bahawa akrofobia boleh berpunca daripada kebimbangan semula jadi manusia.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Penceroboh Rusia menyamar pakai tudung, sanggup berbogel atas lantai konkrit demi nak ceroboh Menara Merdeka 118

Berfikir dan bimbang tentang kemungkinan kesakitan yang akan dialami akibat jatuh dari ketinggian yang ketara boleh menyumbang kepada perkembangan akrofobia.

Penyelidik juga berpendapat bahawa pengalaman negatif atau traumatik yang melibatkan ketinggian yang ketara boleh menyumbang kepada seseorang mengalami akrofobia.

Rawatan

Akrofobia biasanya boleh dirawat dengan rawatan psikologi (psikoterapi) seperti terapi pendedahan, terapi pendedahan realiti maya atau terapi tingkah laku kognitif.

angela1

Foto tular warga Rusia memanjat Menara Merdeka 118.

Terapi pendedahan merupakan satu bentuk rawatan psikologi yang biasa digunakan bagi merawat fobia tertentu.

Orang yang fobia biasanya mengelakkan situasi melibatkan perkara ditakuti mereka.

Oleh sebab itu, mereka tidak dapat mengetahui bahawa ketakutan itu boleh diuruskan dengan baik melalui terapi.

Ahli terapi dan ahli psikologi menggunakan terapi pendedahan untuk orang yang fobia dengan perlahan-lahan menggalakkan mereka memasuki situasi yang menyebabkan berasa cemas, dan cuba kekal dalam situasi itu supaya mereka boleh belajar untuk mengatasinya.

Terapi pendedahan realiti maya (VRET) ialah sejenis rawatan psikologi yang menggunakan teknologi untuk menunjukkan situasi realistik tetapi palsu kepada orang itu untuk membantu mereka menghadapi situasi yang tertekan dan menimbulkan kebimbangan.

KL Tower to light up for World Neglected Tropical Disease Day. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Penghidap akrofobia akan mengalami degupan jantung yang cepat, sesak nafas dan pening kepala.

Jika anda mempunyai akrofobia, anda boleh menggunakan set kepala realiti maya (VR) yang akan menunjukkan kepada anda simulasi situasi yang melibatkan ketinggian.

Dengan cara ini, anda boleh terdedah kepada ketinggian dengan cara yang benar-benar selamat dan terasa, nyata tetapi tidak.

Penyelidikan menunjukkan bahawa terapi pendedahan realiti maya berkesan dalam merawat akrofobia.

Terapi tingkah laku kognitif (CBT) merupakan satu bentuk rawatan psikologi.

Melalui bercakap dan bertanya soalan, ahli terapi atau ahli psikologi akan membantu anda memperoleh perspektif yang berbeza.

Akibatnya, anda belajar untuk bertindak balas dengan lebih baik dan mengatasi tekanan dan kebimbangan yang anda rasa apabila anda terdedah kepada perkara yang menyebabkan anda takut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain