suria

Bukan jenaka, ini satu jenayah! Doktor gesa tindakan segera, risau lihat vape comel di pasaran Malaysia

Ramai meluahkan rasa bimbang terhadap produk ini di pasaran Malaysia. Foto kiri: Twitter @Fahmibinhassan

KEHADIRAN rokok elektronik yang berbentuk seperti permainan kanak-kanak mengundang kebimbangan dalam kalangan orang ramai.

Hadir dalam variasi karakter haiwan berwarna-warni, vape 'comel' itu dikatakan boleh menggalakkan kanak-kanak merokok, sekali gus membahayakan kesihatan mereka.

Antara yang lantang menyuarakan tentang produk ini tentunya Pengarah Perubatan Klinik Iris, Shah Alam, iaitu Dr. Arisman Wenge Abdul Rahman yang menggesa kerajaan bertindak segera untuk menanganinya.

"Ini bukan satu jenaka, tapi ini adalah satu jenayah. Tolonglah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Kesihatan kita, Dr Zaliha Mustafa ambil serius isu yang memudaratkan kesihatan mental dan fizikal ini.

"Laksanakan tindakan keras dan jelas dengan segera! Sampai macam ni sekali kita menggalakkan dan mendedahkan anak kecil dan budak sekolah dengan penampilan video dan gambar serta iklan malah “kedai-kedai” yang aktif tumbuh macam cendawan dalam negara kita. Bodoh atau cerdik? Speechless.

1739871

Dr Arisman

Dr Arisman turut mempersoalkan masa depan masyarakat di negara ini sekiranya mereka telah didedahkan dengan penggunaan alatan elektronik berbahaya sejak usia muda lagi.

"Bagaimana generasi kita 10 tahun atau 20 tahun akan datang jika seawal usia kurang 10 tahun sudah terdedah dan mudah mendapatkan barangan ”bodoh” ini tanpa kawalan dan penguatkuasaan keras oleh kerajaan. Generasi apa akan kita dapat nanti?" soalnya lagi.

Selain Dr Arisman, rata-rata pelayar media sosial turut meluahkan rasa bimbang serta marah dengan penjualan vape itu di pasaran negara ini.

Menerusi komen-komen di Twitter, netizen juga bersuara mengenai remaja masa kini yang dilihat terang-terangan menghisap vape di kawasan awam.

"Trend yang sangat merisaukan. Merata-rata sekarang ni boleh nampak budak sekolah, remaja lelaki dan perempuan hisap vape secara terbuka tak cover dah.

"Kalau macam ni punya design, anak aku yang empat tahun tu pun minta suruh beli weh.

"Kat Bukit Bintang tu penuh dengan budak belasan tahun hisap vape," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain