suria

Adik buat salah, pipi kakak kena lempang sampai merah-merah... Ibu bapa jangan abai emosi anak sulung, tolong layan sama rata

Netizen tersentuh mendengar kisah anak sulung yang dilempang di lapangan terbang.

ANAK sulung biasanya membesar sebagai insan yang kuat memandangkan mereka banyak berkorban untuk adik-beradik lain sejak kecil lagi.

Malah, sudah acap kali kita mendengar kisah anak sulung yang dilayan tidak adil oleh ibu bapa sehingga ia turut diterjemah dalam naskah drama dan filem.

Terbaharu, seorang wanita tampil berkongsi cerita sedih mengenai seorang anak sulung yang didakwa dipukul ibunya dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Pulau Pinang.

"Untuk budak perempuan yang kena lempang dengan maknya tadi kat airport, macam tu la sebagai anak sulung.

"Selalu menjadi tempat melepaskan marah walaupun adik yang buat salah.

"Merah pipi dan telinga awak sayang. Tapi kakak respect awak, tetap minta maaf banyak kali dengan mak awak," tulis saksi kejadian yang dikenali sebagai Bungafia92 di aplikasi TikTok.

anak2

Sikap pilih kasih akan memberi kesan emosi kepada anak-anak yang menjadi mangsa.

Video tular itu bukan sahaja menerima lebih setengah juta tontonan, malah turut dihujani lebih 2,000 komen netizen yang turut menzahirkan rasa simpati kepadanya.

"Jadi anak sulung memang kadang-kadang makan hati.

"Kalau cakap tentang anak sulung, memang rasa sedih. Sebab tak ada orang yang faham, kecuali yang merasa je.

"Kesian anak sulung. Memang jadi tempat mak ayah lepaskan geram.

"Anak sulung hadir. Kesakitan itu akan menjadi kekuatan kami kelak," tulis beberapa netizen.

Penjelasan psikologi

Dalam pada itu, laman web BR Parents berkata, sikap tidak adil ibu bapa sememangnya akan membawa kesan jangka panjang ke atas anak-anak yang menjadi mangsa.

anak3

Komen netizen berhubung kes yang tular di TikTok.

Menurut ahli terapi mental dan kaunselor, Mallory Williams, layanan tidak adil juga akan menjadi trauma berpanjangan yang menjejaskan emosi anak-anak.

"Bahaya jangka panjang terbesar ialah kemurungan, kebimbangan, tindak balas yang tidak stabil atau trauma dalam hubungan peribadi. Selain itu wujud kebimbangan prestasi untuk kedua-dua kanak-kanak yang digemari dan tidak digemari.

"Kanak-kanak yang tidak disayangi akan mengalami nilai diri yang rendah, perasaan penolakan dan tidak mencukupi. Selain itu seolah-olah 'berputus asa' kerana perasaan mereka tidak akan layak mendapat perhatian dan kasih sayang seperti adik-beradik yang lain

"Ini selalunya mempunyai implikasi jangka panjang ke atas prestasi mereka dalam pekerjaan, di sekolah, dan dalam hubungan interpersonal. Ia kerana hubungan keibubapaan menetapkan asas dan jangkaan hubungan masa depan," kata Williams.

Paling mengejutkan, sikap tidak adil juga akan menimbulkan perasaan seperti anak itu diabaikan, menyebabkan mereka berasa memerlukan ibu bapa atau sesiapa sahaja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain