KERAP kita dengar tentang bagaimana mereka daripada generasi sebelum milenial seolah-olah mempunyai 'kekuatan' yang luar biasa. Mereka ini dilihat lebih tahan lasak, wajah yang sihat tanpa sebarang masalah kulit dan tidak mudah jatuh sakit. Apa rahsianya mereka agaknya? Berdasarkan perkongsian individu dikenali sebagai No Or atau lebih senang disapa sebagai Ella di laman Facebook, dia menceritakan beberapa tip dan petua orang-orang zaman dahulu dalam merawat penyakit. Herba yang digunakan dalam rawatan tradisional ada khasiatnya yang tersendiri. (Gambar hiasan, Freepik) Namun begitu, jika masalah kesihatan anda masih berterusan selepas mengamalkan langkah-langkah berikut, segera dapatkan rawatan daripada doktor bertauliah di klinik atau hospital. Harus diingat badan kita tidak sama antara satu sama lain dan mungkin ada penerimaan berbeza-beza untuk setiap petua ini. 1) Cara untuk cergaskan badan Makan sedikit garam. Kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. Selain dapat elak penyakit, juga dapat bersihkan jantung dan paru-paru. 2) Untuk kesihatan jantung Rebus beberapa tangkai bunga betik jantan dengan air. Minumlah air rebusan tadi, sehari dua kali pada waktu pagi dan malam. Boleh tambah madu asli sebagai penambah rasa. 3) Hilangkan lenguh badan Masukkan sedikit garam ke dalam air suam. Rendamkan kaki di dalamnya selama 15 minit. Lakukan sebanyak tiga kali seminggu. Halia boleh membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan. (Gambar hiasan, Freepik) 4) Cara memunggilkan bibir Pertama sapukan hampas halia yang telah ditumbuk pada bibir secara perlahan-lahan setiap hari. Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada bibir setiap malam sebelum tidur. 5) Cara bunuh kutu kepala Tumbuk tiga atau empat ulas bawang putih hingga lumat. Gaul dengan 3 sudu besar minyak kelapa. Lumurkan serta ratakan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian sikat dengan penyikat kutu. 6) Cara hilangkan batuk Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Bila kerak nasi dah kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi. 7) Cara hilangkan sakit angin Rebus empat atau lima tangkai cili kering (tangkainya sahaja), dua ulas bawang putih bersama tiga cawan air. Campurkan sedikit halia bersama rebusan tersebut. Minumlah beberapa kali. - No Or Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube