suria

Tak perlu berlapar! Ini 4 set sahur untuk anda yang nak diet di bulan Ramadan, pilih saja ikut selera

Juadah sahur ini sihat dan mengenyangkan -Gambar hiasan

HIDANGAN untuk bersahur kerap dipandang ringan kerana masa yang terhad di awal pagi.

Malah ada juga yang berpendapat, minum air kosong sahaja sudah mencukupi untuk mengalas perut.

Sebenarnya, hidangan semasa bersahur haruslah mengenyangkan dan berkhasiat kerana ia adalah sumber tenaga anda untuk mengharungi hari yang panjang sehingga ke petang.

Ayuh kita lihat empat cadangan menu untuk bersahur daripada Aizat Razak yang kerap berkongsikan tip pemakanan sihat di laman Facebook.

Cara penyediaannya juga cukup mudah dan tidak renyah, boleh cuba sendiri di rumah.

1) Set sahur sihat #1

Set sahur sihat #1.

Set sahur ini sesuai untuk penggemar oat dan yang tiada masa untuk memasak. Sebelum tidur, kita boleh sediakan dulu bahan-bahannya seperti di bawah:

  • Tiga sudu besar membukit oat
  • Satu kotak kecil susu rendah lemak
  • Masukkan oat, susu, dua biji kurma dan buah-buahan lain
  • Jus buah tanpa gula. Paling penting, jangan ditapis supaya dapat kekalkan nutrisi buah-buahan itu

2) Set Sahur sihat #2

set sahur sihat

Set sahur sihat #1.

Untuk mereka yang bujang dan bangun sahur berbaki 10 minit menjelang waktu imsak, ini menu untuk anda!

  • Dua keping roti disapukan dengan mentega kacang
  • Dua biji kurma
  • Jus buah tanpa gula. Paling penting, jangan ditapis supaya dapat kekalkan nutrisi buah-buahan itu

3) Set sahur #3

Set sahur #3.

Manakala bagi set ketiga ini untuk mereka yang tiada pengisar dan sering bangun sahur lewat iaitu lagi lima minit nak masuk waktu imsak.

  • Dua keping biskut cream crackers
  • Satu biji epal
  • Dua biji kurma
  • Satu kotak kecil susu lemak rendah

4) Set sahur sihat #4

Set sahur #4.

Menu yang terakhir ini pula untuk golongan yang harus mempunyai nasi dalam menu mereka. Nasi kan makanan ruji rakyat Malaysia.

  • Segenggam nasi
  • Ayam bakar
  • Salad
  • Jus buah tanpa gula. Paling penting, jangan ditapis supaya dapat kekalkan nutrisi buah-buahan itu.

Jadi, apa tunggu lagi, ayuh jadikan sahur anda lebih menyihatkan dan menyelerakan, anda pasti akan menjadi lebih bertenaga.

Ingat, tidak perlu menjamah makanan yang tawar untuk menjaga diet, selera anda masih boleh dipenuhi dan kesihatan anda terjaga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain