HARUS diingat bahawa badan manusia bukan seperti mesin yang boleh bekerja tanpa henti kerana ia mempunyai limitasi. Ketika badan anda mula merasakan sengal-sengal setelah bekerja keras membanting tulang empat kerat, apa kata amalkan petua mudah ini. Tak susah kerana ia hanyalah minuman tradisional yang diamalkan sejak turun temurun. Setiap individu pastinya pernah merasai sakit urat. (Gambar hiasan, Freepik) Resipi minuman yang dikongsikan seorang doktor perubatan bernama Rizal Abu Bakar di Facebook ini cukup mudah untuk dibuat sendiri di rumah. Ayuh kita lihat satu-persatu resipi minuman ini. Mudah-mudahan segala sakit urat anda akan segera berlalu pergi. Bahan-bahan: 1) Serai 2) Halia 3) Daun pandan (untuk wangi) 4) Madu asli Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat teh madu. Cara penyediaan teh: 1) Mula-mula sekali, ketuk serai sebanyak dua batang. 2) Kemudian, ambil halia sebesar ibu jari dan potong halus-halus. 3) Daun pandan diperlukan hanya sehelai dua, ikat sahaja. 4) Rebus semua ini dalam periuk. 5) Setelah selesai, biarkan ia sejuk sedikit baru masukkan madu. Teh ini boleh membantu mengembalikan kecergasan kepada badan anda. (Gambar hiasan, Freepik) Resepi teh ini cukup untuk minum seorang, tetapi jika mahu dihidangkan kepada lebih ramai orang, boleh ditambah bahan-bahan yang dinyatakan di atas. Teh ini bertambah sedap apabila ada bau wangi daun pandan. Nak lebih berkesan, gandakan sahaja halia dan serai. Ini petua paling mudah untuk dibuat. Seeloknya minum apabila dah nampak tanda-tanda nak demam. - Rizal Abu Bakar Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube