suria

Duit raya, barangan runcit kepada 50 keluarga susah... Gardenia pegang teguh tanggungjawab sosial untuk rakyat Malaysia

Wajah ceria 50 murid SMK Seri Pantai dari keluarga kurang berkemampuan yang menerima sumbangan daripada Gardenia.

DI kala ramai sedang sibuk membuat persiapan Aidilfitri, ada keluarga yang sekadar membuat persediaan raya dalam keadaan serba kekurangan.

Prihatin dengan nasib golongan ini, saban tahun, banyak pihak tampil memberi sumbangan bagi membantu memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri mereka.

Tidak terkecuali, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd yang turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban golongan memerlukan, lebih-lebih ketika pasca pandemik yang menyaksikan lebih dari 20 peratus golongan dalam kategori M20 kini berada di dalam kategori B40.

Dengan slogan Sinar Keberkatan Dalam Setiap Kebaikan, program Cahaya Ramadan bersama Gardenia merupakan satu inisiatif yang diwujudkan untuk meringankan beban golongan yang memerlukan, terutamanya ketika bulan Ramadan yang mulia.

Menerusi program ini, Gardenia menyampaikan sumbangan kepada 50 buah keluarga murid SMK Seri Pantai, Bangsar South, yang kurang berkemampuan.

gardenia 2

Sumbangan disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Sumbangan berupa duit raya sebanyak RM200 setiap seorang serta bantuan barangan runcit seperti beras, nasi himpit, susu, gula, kuih raya dan pelbagai lagi barangan lain bernilai RM200.

Dana untuk barangan runcit ini diraih melalui hasil jualan Sandwic RM1 Gardenia Sentiasa Bersamamu yang diadakan di stesen-stesen LRT awal tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! 500,000 pek percuma mi segera Gardenia NuMee... banyak hadiah menarik, permainan menyeronokkan

Sebanyak 10,000 sandwic berjaya dijual melalui kempen tersebut, manakala pemberian wang tunai pula adalah peruntukan tambahan daripada pihak Gardenia Bakeries.

Sumbangan diserahkan ketika majlis berbuka puasa yang diadakan di sekolah berkenaan baru-baru ini, yang turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Digital merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Selain bantuan kepada 50 buah keluarga murid yang kurang berkemampuan, Gardenia turut mengedarkan 25,000 buku roti putih utama mereka, Original Classic 400g di 20 masjid terpilih di Semenanjung Malaysia.

Program berkenaan kini memasuki tahun ketiga, di mana lokasi masjid yang menerima sumbangan akan diperbaharui setiap tahun.

Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries, Ena Suhaila Abas berharap sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak akan membawa kegembiraan kepada penerima terutamanya ketika menyambut Syawal.

gardenia 3

Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries, Ena Suhaila Abas berharap sumbangan yang diberikan mampu menceriakan sambutan Aidilfitri keluarga berkenaan.

"Ia sangat bermakna buat Gardenia Bakeries kerana dapat menyebarkan keberkatan dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

"Gardenia Bakeries bukan sahaja peneraju pasaran, tetapi kami juga ingin menjadi contoh peneraju di dalam memegang teguh tanggungjawab sosial kami kepada rakyat Malaysia.

"Menghulurkan sedikit sebanyak bantuan kepada pengguna kami dalam persiapan mereka untuk menyambut Hari Raya yang bakal tiba juga adalah sesuatu yang bermakna bagi kami," ujarnya.

Sementara itu, Fahmi menyambut baik kolaborasi yang terjalin di antara kerajaan dan pihak swasta dalam menyantuni keluarga B40.

Tambah beliau lagi, usahasama seperti ini amatlah dialu-alukan bagi kepentingan rakyat Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain