FUHHH... panas sampai tekak pun kering! Inilah situasi yang dihadapi rakyat Malaysia sejak beberapa hari lalu apabila cuaca di negara ini merekodkan sehingga melebihi 37 darjah Celsius. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata cuaca panas itu membabitkan semua negeri namun yang paling terasa adalah negeri di Utara dan Pantai Timur. Panduan yang dikeluarkan Met Malaysia. Malah ujarnya, situasi yang berlaku disebabkan peralihan monsun itu dijangka berlarutan sehingga Ogos. ARTIKEL BERKAITAN: Cuaca panas melampau! Masa untuk miliki pendingin hawa mudah alih... Paling penting cepat sejuk, jimat elektrik Dalam erti kata lain, apa yang berlaku ketika ini ditakrifkan sebagai 'Gelombang Haba', iaitu satu tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuaca yang agak panas. Di Malaysia, gelombang haba ditakrifkan apabila suhu maksimum harian melebihi 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut dan kebiasaannya berlaku pada Mac hingga April. Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk mengikuti arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mengikuti perkembangan keadaan cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia. Minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi. Berikut adalah panduan kesihatan yang dikongsi oleh MetMalaysia bagi mengekalkan kesihatan sepanjang musim kejadian gelombang haba sebagai peringatan: 1) Minum air putih secukupnya. 2) Hadkan aktiviti luar. Sekiranya tidak dapat dielakkan, gunakan pelitup kepala, topi ataupun payung. 3) Pakai pakaian yang selesa, sesuai dengan cuaca panas dan menyerap peluh. 4) Elakkan melakukan pembakaran terbuka. 5) Simpan bekalan air secukupnya. Hadkan aktiviti luar untuk mengelakkan berdepan masalah kesihatan. Sekiranya anda berdepan dengan situasi panas dan menunjukkan tanda-tanda masalah berkaitan suhu panas, ikuti tip berikut: 1) Keluar dari kawasan yang panas. 2) Elakkan berpakaian ketat. 3) Letakkan kain yang dibasahkan dengan air untuk memberi efek sejuk pada badan. 4) Minum air putih setiap 15 minit. 5) Segera dapatkan bantuan doktor jika keadaan tidak dapat dikawal. Sama-sama kita ikuti panduan yang disarankan. Lebih-lebih lagi sekarang musim perayaan, jangan sakan beraya sampai terlupa menjaga kesihatan. Semoga bermanfaat! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!