suria

Batuk-batuk sampai muntah, muka bertukar merah dan biru.... Kenali simptom batuk kokol, wabak boleh membawa maut

Dr Ahmad Samhan (gambar kecil) berkata batuk kokol dikira sebagai penyakit pernafasan dan sangat mudah berjangkit

KES kematian di Sabah baru-baru ini, dipercayai membabitkan pertussis atau wabak batuk kokol ternyata membimbangkan masyarakat kita.

Namun, masih ramai yang kurang jelas tentang simptom, punca, risiko serta kaedah pencegahan bagi penyakit itu.

Menurut Dr Ahmad Samhan, batuk kokol dikira sebagai penyakit pernafasan dan sangat mudah berjangkit, melalui hidung dan kerongkong.

"Dalam kebanyakan kes, ia sama dengan batuk yang teruk diikuti dengan bunyi nyaring ketika menarik nafas, berbunyi seperti “whoop”.

"Ia mudah merebak tetapi vaksin seperti DTaP dan Tdap boleh membantu menghalang batuk ini dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa," ujarnya yang kini mengusahakan lima buah klinik di Terengganu

Berikut merupakan simptom batuk kokol:

1. Hidung berair

2. Hidung tersumbat dan berair

3. Demam

4. Mata merah dan berair

5. Batuk

Dr Ahmad Samhan menyarankan agar orang ramai minum air mencukupi.

Jelas Dr Samhan, selepas seminggu atau dua minggu, tanda dan simptom akan menjadi teruk.

Batuk yang teruk dan berpanjangan akan merangsang untuk muntah, menyebabkan muka menjadi merah atau biru, menyebabkan kepenatan melampau dan berakhir dengan bunyi “whoop” bernada tinggi ketika bernafas.

Punca

Pertussis adalah disebabkan oleh bakteria, kata Dr Samhan.

"Apabila anda menyentuh individu yang dijangkiti bakteria ini, atau anda berada berhampiran dengan individu yang dijangkiti ketika mereka batuk atau bersin, anda bernafas dengan titisan air yang dipenuhi kuman halus yang disemburkan kedalam paru-paru anda," jelasnya lagi.

Bagi mencecah batuk kokol, Dr Samhan mencadangkan orang ramai orang ramai minum air secukupnya.

Selain itu, makan makanan dalam kuantiti yang sedikit, dapat membantu anda mengelakkan muntah selepas batuk.

Seterusnya, bersihkan udara untuk menghapuskan bahan penggalak kepada batuk anda seperti tembakau, asap dan kepulan daripada tempat pembakaran.

Akhir sekali, tutup mulut ketika batuk dan cuci tangan selalu untuk menghalang jangkitan daripada merebak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain