suria

Gadis miliki tapak tangan kasar usah gusar, ada 3 cara mudah ini bantu lembutkan kulit... pilih saja yang sesuai

Minyak sapi boleh digunakan untuk melembutkan tapak tangan wanita. Foto: Freepik & Facebook.

ORANG lelaki biasanya mempunyai permukaan tapak tangan yang lebih kasar berbanding wanita.

Ini merupakan satu keadaan yang normal kerana kebanyakan lelaki sering menggunakan tangan untuk melakukan kerja-kerja berat.

Namun, situasi ini juga boleh berlaku kepada kaum Hawa, menyebabkan mereka berasa rendah diri setiap kali mahu bersalaman atau berpimpin tangan dengan yang tersayang.

Seorang pelayar Facebook dikenali sebagai Shiela Shafie berkongsi beberapa cara mudah untuk wanita mendapatkan tapak tangan yang lebih lembut.

1. Air suam

Rendamkan tangan dalam air suam adalah salah satu cara berkesan untuk dapatkan tapak tangan yang lembut. Tetapi pastikan suhu air tak terlalu panas kerana ia mungkin akan membuatkan kulit jadi kering.

Tambah beberapa titis minyak ekstrak bunga mawar ke dalam air lalu rendamkan tangan beberapa ketika dalam campuran air berkenaan untuk 10 minit. Hasilnya, tangan makin lembut!

view-human-hands-against-clear-background

Masalah tapak tangan kasar turut dihadapi kaum wanita. Foto: Freepik.

2. Gula dan minyak zaitun

Campurkan satu sudu besar minyak zaitun dengan satu sudu besar gula sehingga ia menjadi seperti pes. Sapukan pes itu di keseluruhan tangan dan fokuskan pada bahagian celah kuku serta jari-jemari.

Setelah beberapa ketika melakukan skrub tersebut, basuh dengan air seperti biasa. Manfaat minyak zaitun adalah untuk melembab, gula pula untuk mengikis sel kulit mati serta daki di tangan. Hasilnya tangan nampak cantik dan lembut dalam sekelip mata!

3. Minyak Sapi

Ambil satu sudu minyak sapi dan lumurkannya di keseluruhan tapak tangan serta permukaan kulit tangan, tenyeh juga pada bahagian kuku dan di celah-celah kutikel untuk beberapa ketika. Anggap ia seperti losen.

Setelah itu, basuh tangan dengan air tanpa menggunakan sabun. Memang melekit dan berminyak tetapi jika ia diamalkan selama seminggu, tangan anda pasti lembut!

Akhir perkongsian, Shiela menitipkan pesan kepada kaum wanita agar menggunakan sarung tangan ketika melakukan kerja rumah seperti mencuci pinggan dan sebagainya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain