MASALAH bau badan, khususnya pada bahagian ketiak boleh menjejaskan keyakinan seseorang. Selain menggunakan deodorant, anda juga boleh mencuba petua tradisional dalam menangani masalah itu. Menurut seorang wanita dikenali sebagai Ana Mahabu, terdapat tujuh bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk menghapuskan masalah bau ketiak 'hangit'. 1. Cuka epal Salah satu petua hilangkan bau ketiak adalah menggunakan cuka epal atau apple cider. Caranya, tuang cuka ke dalam mangkuk. Celup bebola kapas dalam cuka dan sapu pada ketiak atau bilas ketiak dengan cuka sewaktu mandi. Ia akan berbau masam pada awalnya. Tapi, ia amat berkesan untuk menyahkan bau badan. Kisar sengkuang dan sapukan ia pada bahagian ketiak. 2. Soda bikarbonat Soda bikarbonat mempunyai banyak kegunaan selain untuk membuat kuih atau kek. Caranya, campur satu sudu jus lemon dengan satu sudu soda bikarbonat. Sapukan pes pada ketiak dan biarkan seketika kemudian bilas dengan air. Jika tiada jus lemon, boleh gantikan dengan tepung jagung. Paling mudah, campurkan sedikit air pada soda bikarbonat dan sapu selepas mandi. 3. Lemon Selain menghilangkan bau busuk, lemon juga membantu mencerahkan kulit yang kehitaman pada ketiak. Hiris lemon dan sapu perlahan-lahan pada ketiak. Boleh juga guna perahan jus lemon pada ketiak atau basahkan tuala dengan jus lemon dan sapu pada ketiak selepas mandi. 4. Air mawar Air mawar boleh dibeli siap daripada kedai kecantikan atau dibuat sendiri di rumah. Sapu rose water pada ketiak dan biarkan ia kering sendiri, ia dikatakan boleh menghilangkau bau busuk ketiak. Boleh cuba serbuk tawas dan serbuk Sandalwood untuk menghilangkan bau ketiak. 5. Serbuk Sandalwood Herba ini boleh didapati di kedai rempah, pasar raya, atau ada yang dijual dalam pek secara komersial di kedai kecantikan. Jadikan ia sebagai pes dengan mencampurkan air sedikit demi sedikit pada serbuk sandalwood. Kemudian sapukan pes pada ketiak dan biarkan sehingga kering, baru dibilas dengan bersih. 6. Tawas Tawas adalah sejenis hablur dalam bentuk batuan atau ada yang dijadikan serbuk. Lalukan air pada tawas dan sapu pada ketiak. Pastikan guna bahagian yang tumpul. 7. Sengkuang Kisar halus sengkuang hingga keluar jus dan sapu pada ketiak. Ia dikatakan mampu menghilangkan bau ketiak sehingga 10 jam lamanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube