suria

Tak selesa faraj berbau, segera lakukan ini... Rebus sampai menggelegak, berendam dalam besen

Air rendaman faraj menggunakan bahan seperti daun sireh, asam keping dan garam.

MASALAH keputihan boleh menyebabkan kaum Hawa hidup dalam keadaan tidak selesa.

Tidak kisah sekiranya masih bujang atau bergelar isteri orang, anda mungkin boleh mencuba petua rendaman faraj yang dikongsikan ini.

Menurut Ida Zamri, petua rendaman berkenaan bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah keputihan, malah ia juga dapat membantu mewangikan faraj.

Bahan-bahan:

1. Daun sireh

2. Asam keping

3. Garam kasar

41013842_2151918884843004_4046220640099762176_n

Air rebusan yang menggunakan tiga bahan ini boleh diamalkan oleh kaum Hawa untuk melegakan masalah keputihan.

Cara-cara:

1. Rebus ketiga-tiga bahan ini sehingga menggelegak. Sukatan air ikut kesesuaian. Paling penting apabila berendam, air akan meliputi faraj.

2. Apabila dah menggelegak, tuang dalam besen. Biarkan ia suam dahulu. Kemudian duduk dalam besen tersebut. Kalau alat sulit melecet akibat digaru dan sebagainya, anda akan rasa pedih.

Pada waktu ini, anda perlu bertahan. Lama kelamaan pedihnya akan hilang dengan sendiri. Lakukan selama 10 hingga 15 minit sahaja.

3. Lakukan selama 3 hari berturut. Masalah keputihan dan masalah bau faraj akan beransur hilang.

Siapa perlu buat rendaman faraj?

1. Ibu hamil: Buat ketika rasa tak selesa, berair, gatal atau lembab.

2. Ibu berpantang: Selalunya dibuat pada hari ke-30 selepas darah nifas makin kering dan sehingga habis darah.

3. Gadis atau sesiapa sahaja: Boleh dijadikan sebgaai amalan mingguan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain