suria

Oles-oles tepung jagung, bulu pun tanggal... Ini petua berguna untuk wanita bermisai

Kaum Hawa boleh cuba petua guna tepung jagung untuk menghilangkan misai.

RAMAI lelaki gemar menyimpan misai kerana menganggap mereka lebih maskulin dengan gaya itu.

Namun, ada wanita yang hidup dalam tekanan kerana bulu-bulu halus seperti misai turut tumbuh di kawasan atas bibir mereka.

Keadaan ini menyebabkan mereka malu untuk menonjolkan diri sehingga sukar untuk berkenalan dengan lelaki dan bertemu jodoh.

Bagi kaum Hawa yang berdepan masalah itu, apa kata cuba tiga petua mudah yang dikongsi menerusi laman Facebook Sis Beautysecret.

1. Susu Kunyit

Campur satu sudu serbuk kunyit dan satu sudu susu untuk membentuk pes. Sapu pes pada bahagian atas bibir dan biarkan kering, kemudian baru dibilas.

Lakukan dengan kerap sehingga bulu hilang.

misai2

Sesetengah wanita hilang keyakinan diri kerana mempunyai bulu lebat.

2. Putih Telur

Masukkan satu sudu serbuk kunyit dalam telur putih yang sudah dipukul. Sapu pada misai dan biarkan antara 45 hingga 60 minit, baru tanggalkan masker tersebut. Lakukan empat kali seminggu.

3. Tepung Jagung

Campurkan 10 mililiter (ml) jus lemon, 150 ml air, dengan 30 gram tepung jagung. Ia akan menjadi larutan yang likat.

Sapukan pada bahagian muka dan biarkan sampai kering dalam 15 minit. Peel off dan bilas dengan air bersih.

Paling penting, kaum Hawa dinasihatkan agar tidak mengambil jalan pintas dengan mencukur misai kerana khuatir ia akan tumbuh lebih lebat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain