MASALAH rambut gugur, berbau dan berkelemumur boleh menjejaskan keyakinan individu. Lebih teruk, mereka yang berdepan masalah ini buntu mencari solusi apabila produk-produk rambut di pasaran yang dicuba tidak membuahkan hasil. Menerusi laman Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Ana Mahabu berkongsi petua ais kiub limau purut yang dikatakan boleh mengatasi masalah keguguran rambut. Menurut Ana, kiub ais limau purut turut mampu menghasilkan bau yang harum pada rambut. Selain itu, ia juga membuatkan rambut kita lebih berseri dan sihat bersinar. Bahan-bahan 1. Empat hingga lima biji limau purut. 2. Segelas santan kelapa asli yang diperah. Sebaiknya guna santan segar kerana ia lebih berkhasiat untuk kesihatan rambut. Cara-cara 1. Kedua-dua bahan tersebut harus dikisar sehingga hancur, kemudian masukkan ke dalam bekas acuan kiub ais sebelum disimpan ke dalam peti sejuk beku. 2. Cara untuk rawatan, ambil satu atau dua ketul kiub ais limau purut santan tersebut dan gosokkan pada kulit kepala. Ia membantu menguatkan cengkaman akar rambut serta membantu menghilangkan pening kepala. 3. Anda boleh lakukannya seminggu dua kali untuk mendapatkan kesan yang cepat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube