suria

Wah... Umur 50 tahun tapi body masih solid! Nenek kongsi rahsia kekal ‘bergetah’

Denise berjaya menurunkan berat badan sebelum usianya mencapai 50 tahun.

UNGKAPAN umur hanya sebuah angka sering dikaitkan dengan motivasi diri untuk terus melakukan sesuatu perkara yang dihajati tanpa mengira usia.

Pun begitu tidak dinafikan kebanyakan daripada mereka yang berumur mengimpikan wajah kekal cantik dan tampan pada usia 50 tahun ke atas.

Biarpun kini terdapat pelbagai produk penjagaan wajah dalam pasaran, namun kecantikan semula jadi yang dimiliki pasti tiada bandingan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kongsi rahsia kulit glowing, bibir tak pucat... Rupanya buat lip balm, masker sendiri guna ubi bit

Begitulah yang dilakukan seorang wanita berusia 52 tahun ini apabila dia cuba untuk kembali menjaga penampilan diri selepas berat badannya naik mendadak semasa krisis wabak baru-baru ini.

Iyalah, sepanjang tempoh itu, makanan yang mudah dan selesa dinikmati pada setiap waktu adalah makanan segera.

Berasal dari California, Denise Kirtley mendedahkan tiga amalan dalam transformasi tubuhnya sehingga berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-50.

1. Latihan kekuatan (stamina)

Perkara pertama yang dilakukannya adalah membina otot melalui angkat berat lima kali seminggu menggunakan beban berlebihan yang progresif.

Denise menggunakan dumbel dan jalur rintangan serta menghabiskan dua hari dengan memfokuskan pada bahagian atas badannya manakala selebihnya pada bahagian bawah badan.

diet

Makanan rutin yang dilakukannya. -Gambar hiasan The Star

2. Menjaga pemakanan

Denise membuat diet yang boleh memecahkan pengambilan protein, karbohidrat dan lemak dalam setiap menunya.

Ini memastikan dia mendapat khasiat yang diperlukan untuk mencapai matlamat kecergasannya.

Hidangan yang kerap dihidangkan sepanjang perjalanannya termasuk goreng courgette dengan salad, wafel protein, salmon dan oat protein pisang.

3. Mengawal minda

Dia percaya ketegasan adalah kunci untuk membuat perubahan yang berkekalan.

Malah katanya, ramai yang cepat mengalah apabila tidak berjaya mencapai matlamat dalam tempoh yang ditetapkan.

Bahkan ada yang sanggup mengambil jalan singkat dengan menggunakan produk kurus sekali gus membahayakan kesihatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain