suria

Kencing semasa mandi... Ramai buat, anggap normal tapi sebenarnya ada risiko kesihatan termasuk masalah terkucil

Tabiat kencing semasa mandi boleh akibatkan masalah terkucil. -Gambar hiasan The Star/Azman Ghani

RAMAI yang gemar membuang air kecil ketika mandi dan menganggap ia adalah amalan normal.

Bagaimanapun, 'tabiat' tersebut tidak baik untuk kesihatan dan perlu dihentikan dengan segera.

Menurut Pakar Uroginekologi Dr Teresa Irwin, amalan kencing semasa mandi akan menyebabkan seseorang itu mudah terkucil apabila mendengar bunyi titisan air.

"Tabiat tersebut membuatkan anda mahu kencing setiap kali mendengar bunyi air, kerana sudah terbiasa melakukannya ketika mandi.

Ramai yang gemar membuang air kecil semasa mandi. -Gambar hiasan The Star

Ramai yang gemar membuang air kecil semasa mandi. -Gambar hiasan The Star

"Ini bermakna setiap kali membasuh tangan, membersihkan pinggan mangkuk atau menyental kereta, pundi kencing akan 'mengeluarkan air' seolah-olah mahu kencing," katanya.

Kesan ini turut diakui ahli terapi lantai pelvis (pelvic floor therapist) Dr Alicia Jeffrey-Thomas, yang turut menekankan tabiat tersebut akan mewujudkan perkaitan dalam otak antara bunyi air yang mengalir dan keinginan kencing.

"Lantai pelvis yang tidak berfungsi itu seterusnya menyebabkan masalah terkucil berlaku pada bila-bila masa," tambahnya.

Bagaimanapun, masalah yang berlaku itu boleh diatasi dengan beberapa langkah ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Berak berjam-jam sambil main media sosial... Awas anda terdedah penyakit buasir, penyebar kuman tandas!

1. Tabiat kencing semasa mandi perlu dihentikan

Tindakan ini dapat membantu anda merasai otot lantai pelvis ketika cuba menahan aliran air kencing sebelum ke tandas.

Namun, anda disaran untuk tidak melakukannya secara kerap kerana ia boleh membahayakan pundi kencing.

Urutan pada otot pelvis dapat membantu menyelesaikan masalah terkucil. -Gambar hiasan The Star

Urutan pada otot pelvis dapat membantu menyelesaikan masalah terkucil. -Gambar hiasan The Star

2. Duduk dengan selesa sambil melakukan urutan

Otot lantai pelvis boleh dikuatkan dengan kaedah duduk sambil memicit otot sekitar 10 hingga 15 kali.

Jangan tahan nafas atau keraskan perut mahupun bahagian bawah atau otot paha pada masa yang sama.

Cuba tahan setiap picitan selama beberapa saat dan lakukan setiap minggu.

3. Amalkan kencing sebelum mandi

Anda yang sudah terbiasa kencing semasa mandi perlu cuba untuk membuang air kecil sebelum menghidupkan pancuran mandian.

Cuba abaikan jika terasa keinginan untuk kencing semasa mandi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain