suria

Tak perlu stres pam kalau susu badan tak banyak! Ikut saja 5 cara ini, jangan terkejut jika bayi anda montel dan tinggi

Kebanyakan ibu berharap dapat menyusukan bayi sendiri. -Gambar hiasan

SETIAP wanita yang bergelar ibu pasti menyimpan keinginan untuk memberi susu ibu secara eksklusif kepada si kecil sehingga usia dua tahun.

Bagaimanapun, tidak semua berjaya melengkapkan misi tersebut kerana terdapat banyak cabaran yang perlu ditempuhi.

Malah ada yang mengalami tekanan perasaan sehingga kemurungan disebabkan tidak berjaya mencapai hasrat menyusukan bayi.

Lebih menyedihkan apabila bayi turut terkena tempias seperti kekurangan berat badan dan bersaiz kecil berbanding rakan seusia.

Perkongsian yang dibuatnya di laman TikTok.

Perkongsian yang dibuatnya di laman TikTok.

Bagi yang mengalami masalah tersebut, anda boleh mencuba kaedah yang diajar Ahisma Osman yang mana perkongsiannya adalah berdasarkan pengalaman memberikan sepenuhnya susu ibu kepada anak.

“Susu saya memang tak ada banyak, hari ketujuh dan kelapan baru ada. Doktor cakap kalau berat badan tak naik memang kena masuk wad.

“Kolestrum saja yang ada... jadi saya teruskan berusaha, bersabar dan berdoa sebab pam pun tak sampai satu auns yang dapat,” luahnya yang menggunakan pelbagai jenis jenama pam susu di pasaran.

1. Bagi waktu keperluan bayi

Apabila bayi menangis mahukan susu, terus beri. Sentiasa bertukar-tukar kiri dan kanan sehingga payudara berasa kempis.

Dengan cara ini, bayi anda akan dapat sepenuhnya susu ibu sama ada hindmilk mahupun foremilk. Ia seterusnya membantu membesarkan bayi anda.

Bayi akan mendapat hindmilk dan foremilk sepenuhnya jika lekapan dalam keadaan betul. -Gambar hiasan

Bayi akan mendapat hindmilk dan foremilk sepenuhnya jika lekapan dalam keadaan betul. -Gambar hiasan

2. Menyusu waktu malam

Walaupun anda mengantuk, pastikan tetap memberi susu kepada bayi apabila mereka menangis.

Susu yang terbaik adalah pada waktu tengah malam, yang laktosanya pekat dan susu cair sedikit sahaja.

Bayi akan minum dalam kuantiti yang banyak dan ia bukan sahaja membantu tumbesaran, malah ketinggian juga.

3. Kerap beri susu ibu

Ada ibu yang menganggap bayinya susah minum susu dengan banyak sehingga bimbang perkara tidak diingini berlaku.

Untuk pengetahuan anda; susu ibu sangat mudah dihadam kerana teksturnya yang lembut.

Pemberian susu ibu boleh dilakukan menggunakan botol. -Gambar hiasan

Pemberian susu ibu boleh dilakukan menggunakan botol. -Gambar hiasan

4. Tetapkan dalam minda untuk breastfeeding

Sesetengah ibu merasakan perkara ini sebagai mitos namun sebenarnya ia dapat membantu merangsang otak sehinggalah susu ibu terhasil.

Sebaiknya, tanam keinginan untuk menyusukan anak sejak awal kandungan lagi.

5. Jaga pemakanan

Apa yang dimakan turut membantu kepada penghasilan susu ibu. Jadi, ambillah pemakanan yang berkhasiat seperti bijirin dan protein.

Ia juga dapat membantu memekatkan susu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain