suria

Nak buat kenduri, katering paling penting! Ini 5 pesanan berguna, elak katerer ghaib menjelang majlis

Pasangan pengantin perlu buat carian maklum balas tentang katerer di laman sosial. -Gambar hiasan The Star

PERSIAPAN untuk majlis perkahwinan kadang kala mengambil masa beberapa bulan kerana pelbagai perkara perlu diuruskan termasuk tempahan dewan, jamuan makan dan busana pengantin.

Bagi memastikan segala urusan berjalan lancar, deposit dibayar terlebih dahulu kepada pihak terlibat.

Bagaimanapun, kadang kala perancangan yang dibuat tidak berjalan lancar atas faktor-faktor tertentu.

Seperti yang berlaku kepada pasangan pengantin di Jempol, Negeri Sembilan baru-baru ini, majlis yang sepatutnya berlangsung meriah berdepan detik sukar apabila pihak katerer tidak menghantar makanan yang ditempah.

Bagi mengelakkan situasi sama berlaku terhadap anda, ini langkah yang perlu dilakukan seperti perkongsian Faiez Nordin di laman X.

Dewan untuk majlis perkahwinan kosong disebabkan katerer tidak muncul. -Gambar hiasan

Dewan untuk majlis perkahwinan kosong disebabkan katerer tidak muncul. -Gambar hiasan

1. Ikut mak ayah pergi kenduri

Ini cara paling mudah, dekat situ anda boleh dapat pengalaman sendiri macam mana flow majlis. Free food tasting juga ya!

Boleh tengok macam mana kru hidang makanan, bersihkan meja. Jadi anda boleh nilai sendiri tahap katerer berkenaan.

2. Tinjau sekali 'dapur'

Biasanya kalau outdoor ada khemah khas sebagai dapur sementara.

Kalau dewan pula, lokasi tu terletak di sebelah luar bahagian belakang.

Buat-buat lalu lalang situ, cari tandas atau apa sahaja dan intai bagaimana pekerja katerer bertugas.

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis kahwin kucar-kacir katerer tak muncul, lesap RM13k! Sekeluarga nekad cari kerusi meja, masak sendiri cuma 1 lauk

3. Buat homework

Dapatkan maklumat tentang katerer atau perancang perkahwinan di setiap platform media sosial dan melihat maklum balas yang ditinggalkan pelanggannya.

Cari rakaman video atau gambar majlis dan bukan semata-mata gambar pelamin dan busana.

Elakkan percaya 100 peratus terhadap page perancang perkahwinan tersebut ya!

Paling penting, pihak tersebut sentiasa membuat kemas kini status di media sosial mereka.

Intai lokasi dapur supaya dapat memastikan tahap kebersihan katerer tersebut. -Gambar hiasan The Star

Intai lokasi dapur supaya dapat memastikan tahap kebersihan katerer tersebut. -Gambar hiasan The Star

4. Bandingkan harga

Kadar yang ditetapkan untuk tawaran pakej kebiasaannya hampir sama.

Jika anda menjumpai harga murah tetapi menyediakan pelbagai keistimewaan sehingga rasakan ia tidak logik, seeloknya siasat dengan lebih terperinci.

5. Minta perincian pakej

Jangan terus bersetuju sahaja apabila mendengar harga yang ditawarkan sesuai bajet anda.

Penting untuk mengetahui secara terperinci setiap pakej yang ditawarkan supaya sesuai dengan perancangan anda sekeluarga.

Usahakan juga untuk mendapatkan tester bagi setiap lauk yang dipilih bagi mengelakkan rasa ala kadar.

Pastikan juga anda sentiasa mengajukan soalan sekiranya mempunyai keraguan tentang sesuatu perkara sekali gus mengelakkan masalah berlaku di kemudian hari.

Paling penting, jangan bayar duit sepenuhnya ya!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain