RAMAI yang mengambil ringan aspek kebersihan diri termasuk daripada aspek mandian. Tahukah anda, jika mengamalkan rutin mandian dengan betul, kesihatan tubuh akan terjamin di samping memiliki kulit yang cantik dan mulus. Menurut pakar dermatologi daripada laporan Daily Star, cara mandi yang betul adalah menggunakan tangan dan bukannya flannel strap. Katanya, apabila bercakap mengenai suhu air, ramai yang gemar menggunakan air panas, namun amalan tersebut sebenarnya boleh merengsa dan memburukkan lagi kulit yang sudah gatal atau kering. “Nasihat itu datang berdasarkan tinjauan terhadap 2,000 orang dewasa. Daripada jumlah itu, tujuh daripada 10 individu menaikkan suhu air di bilik mandi untuk memanaskan diri. Ramai yang gemar menggunakan alatan mandian bagi menghasilkan buih. -Gambar hiasan “Lebih 56 peratus lebih suka mandi dengan air panas bahkan ‘mendidih’, manakala orang biasa akan menghabiskan 10 minit di bawah air. “Sebanyak 41 peratus pula mengatakan mereka akan menghabiskan masa lebih lama di bilik mandi, jika mempunyai masa,” tambahnya. Ini cara terbaik untuk anda membersihkan diri dengan betul: 1. Gunakan tangan anda untuk mencuci, bukannya kain flanel Mungkin anda merasakan penggunaan kain atau berus lebih baik, namun mencuci menggunakan tangan adalah kaedah yang terbaik. Buih tidak bermakna pembersihan lebih berkesan dan kain flanel boleh menangkap banyak kuman jika tidak dicuci dengan kerap 2. Sentiasa basuh bahagian kaki, telinga Sesetengah individu tidak memberi perhatian penuh pada bahagian kaki mahupun telinga semasa mandi. Bahkan ada yang membiarkan sahaja bahagian-bahagian tersebut dibasahi air tanpa mencuci dengan baik kerana terlindung. 3. Mandi sekali sehari Kesibukan kerja menyebabkan ramai yang berasa letih dan hanya ingin melelapkan mata sahaja. Disebabkan itu, kebanyakannya hanya mandi sekali sehari terutama sekali mereka yang tinggal sendirian. 4. Cucian dua kali Tidak ada keperluan untuk membersihkan badan sebanyak dua kali semasa mandi. Perasaan bersih kerana berasa lebih higienis adalah tidak benar kerana ia sebenarnya mengeringkan kulit anda. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube