PEPERIKSAAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 sudah pun bermula sejak 8 Januari. Ujian yang melibatkan seramai 395,870 calon itu bakal berlangsung sehingga 7 Mac. Sudah pasti pada waktu ini, calon-calon SPM bertungkus lumus membuat persediaan sebelum menjawab kertas peperiksaan masing-masing sebagaimana yang telah dijadualkan. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa jangan ambil remeh, ketahui 'do and don't' saat anak hadapi peperiksaan Ada yang gemar membuat latih tubi, menghafal nota dan mengulang kaji pelajaran sehingga lewat malam. Biarpun SPM sudah bermula, namun masih belum terlewat untuk membuat 'pecutan akhir' sebelum memasuki dewan peperiksaan. mStar kongsikan empat waktu terbaik untuk mengulang kaji sebagai panduan buat para calon SPM: 1. Sebelum subuh (3am - 5am) Waktu ini sangat sesuai kerana suasana yang sunyi dan tenang, justeru otak lebih senang untuk 'memproses' input. Digalakkan untuk mendirikan solat tahajud sebelum mengulang kaji pelajaran. Calon SPM masih sempat melakukan pecutan akhir sebelum memasuki dewan peperiksaan. -Gambar Azman Ghani/The Star 2. Pagi (8am - 10am) Sebelum memulakan ulang kaji, mandi serta bersarapan terlebih dahulu untuk memastikan tubuh lebih segar dan bersemangat. Amalan ini juga bertujuan agar minda berada dalam keadaan cerdas. Waktu ini sangat sesuai untuk subjek yang memerlukan pemikiran tinggi. 3. Petang (3pm - 5pm) Lazimnya, waktu ini badan sudah mula terasa lemau dan mengantuk. Justeru, digalakkan untuk mandi bagi mengekalkan kesegaran tubuh. Bagi calon yang mengambil subjek melibatkan pengiraan, waktu ini sangat sesuai untuk membuat ulang kaji. 4. Malam (8pm - 10pm) Waktu ini sangat sesuai untuk membuat latihan dan mengulang kaji semula topik-topik yang sudah dipelajari. Bagaimanapun, setiap usaha yang dilakukan perlulah disertai dengan disiplin agar pembelajaran lebih efektif. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk para calon SPM dan selamat menduduki peperiksaan! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube