suria

Mesin basuh pun perlu dicuci, elak berkeladak! Buat langkah ini agar pakaian lebih bersih, tak bau kepam

Banyak kotoran terapung selepas mesin basuh direndam semalaman.

MESIN basuh berfungsi untuk mencuci pakaian kita.

Namun mesin basuh juga perlu dicuci secara berkala agar ia dapat berfungsi dengan sebaiknya.

Jika tidak dibersihkan, ia boleh menyebabkan pakaian anda terkena kotoran seperti habuk dan ada kalanya berbau kepam.

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Syed Firdaus berkongsi empat langkah mudah untuk mencuci mesin basuh di kediaman anda.

Apa yang anda perlukan hanyalah air dan satu bahan 'magic' iaitu kiub sabun pencuci mesin basuh.

426226514_24911287955184940_5412815854047313466_n

Mesin basuh kembali bersih selepas direndam dengan sabun pencuci.

Cara-cara:

1. Tadah air dalam dram mesin basuh sehingga penuh.

2. Masukkan kiub sabun pencuci mesin basuh. Sabun ini boleh dibeli secara dalam talian dan berharga kurang RM10.

3. Biarkan sabun itu terlarut di dalam air tadahan berkenaan selama satu malam.

4. Esoknya, tekan mode 'wash' pada mesin basuh.

Dengan cara ini, segala kotoran, habuk dan keladak yang tersembunyi akan keluar dan terapung pada permukaan air.

Anda boleh sahaja mengaut segala kotoran itu menggunakan penapis, kemudian buang air kotor itu seperti biasa.

Hasilnya, mesin basuh anda akan kembali bersih seperti baru dibeli.

Apa tunggu lagi? Jom cuba bersihkan mesin basuh di kediaman masing-masing!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain