suria

Jangan salahkan beras jika nasi cepat basi... Peniaga kedai makan suruh periksa periuk, ada yang tak kena

Kebersihan periuk boleh menjadi punca nasi yang ditanak cepat basi. -Gambar hiasan

NASI yang tidak habis dimakan ketika berbuka puasa biasanya akan disimpan untuk sahur.

Namun kadangkala nasi yang baru sahaja dimasak semalam boleh bertukar basi pada esoknya.

Menurut seorang TikToker yang juga peniaga kedai makan dikenali sebagai Pak Man, banyak faktor yang boleh menyebabkan nasi cepat bertukar basi.

"Nasi kat rumah anda cepat basi? Ramai orang komen kat saya, tanya macam mana nak elakkan nasi cepat basi?

"Kalau anda nak tahu, tak semestinya beras jadi punca nasi basi. Banyak punca boleh menyebabkan nasi basi walaupun baru dimasak malam tadi.

DO GOOD; RUMAH SVP in KLANG

Kita biasanya akan memasak nasi ekstra untuk berbuka puasa dan bersahur. -Gambar hiasan

"Salah satunya adalah periuk anda, kadang-kadang penuh bakteria yang menyebabkan nasi tu cepat basi tau," ujarnya.

Menurut Pak Man, dia mencuci periuk menggunakan petua yang diajar ibunya bagi mengelakkan nasi cepat bertukar basi.

"Saya nak share dengan anda petua macam mana mak saya ajar kalau nasi cepat basi.

"Pertama sekali anda basuh periuk bersih-bersih. Lepas tu bilas dengan sabun. Kemudian lepas dah bersih letak garam kasar.

"Ini petua mak saya. Insya-Allah lepas ni nasi anda lambat basi," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain