suria

Wanita kongsi cara buat stok bawang kisar boleh tahan sampai 2 bulan! Jangan silap sukatan air

Bawang kisar boleh disimpan sebagai stok untuk memudahkan proses memasak.

BAWANG menjadi antara bahan yang paling penting dalam masakan rakyat Malaysia.

Sebelum digunakan untuk memasak kita perlu mengupas kulitnya, malah bawang juga perlu dipotong, ditumbuk atau dikisar.

Di TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Aty Fared berkongsi cara yang diamalkannya untuk memastikan bawang kisar tahan lama.

Dengan cara ini, anda boleh membuat stok bawang kisar dan tidak perlu melalui proses rumit setiap kali mahu memasak.

bawang

Penggunaan bawang kisar sinonim dengan masakan Melayu. -Gambar hiasan

Cara penyediaan:

1. Potong bawang

2. Masukkan ke dalam pengisar

3. Masukkan air seperti biasa

4. Masukkan minyak masak (separuh daripada air)

5. Kisar bahan-bahan itu

6. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam bekas yang bersih dan kering

7. Tabur sesudu kecil garam di atas bawang kisar (tak perlu gaul)

Menurut Aty Fared, bawang kisar itu boleh tahan sehingga dua bulan jika dibuat menggunakan cara yang dikongsinya.

"So far Aty buat cara ni, memang tahan lama bawang kisar kami. Aty pula jenis buat sekali banyak, nak jimat masa dan tenaga.

"Lagi satu masa kisar tu jangan letak air banyak sangat. Asalkan boleh kisar saja. Dulu orang pernah tanya, letak garam tu, nanti masak masin tak?

"Jawapannya tak. Letak sesudu kecil je kat permukaan. Sikit je. Takkan jadi masin pun. Ia akan mendap slowly dalam tu. Harap tip ini membantu korang nak puasa ni," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain