suria

Terlupa dengan siapa kita tak boleh salam masa raya? Ini senarai lengkap untuk lelaki dan perempuan

Menyantuni orang lebih tua dengan bersalaman merupakan amalan biasa.

SEJAK kecil kita sudah terbiasa dengan amalan bersalaman terutamanya ketika berjumpa orang yang lebih tua sebagai tanda hormat.

Namun ketika sambutan Aidilfitri yang bakal tiba nanti, diingatkan agar kita menjaga batas pergaulan serta aurat sesama sanak saudara terutama dalam hal yang selalu terlepas pandang iaitu bersalaman.

Ingat ya, bukan semua orang kita boleh berjabat tangan sebagai tanda hormat terutama sekali mereka yang bukan mahram dalam keluarga.

Bagi mengelakkan kekeliruan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkongsi tentang siapa yang tidak boleh disalam bagi lelaki dan wanita itu panduan bersama.

Bukan mahram yang tidak boleh bersalam bagi lelaki

1. Isteri kepada adik beradik bapa

2. Isteri kepada adik beradik emak

3. Adik beradik perempuan bapa mentua

4. Adik beradik perempuan emak mentua

5. Anak perempuan adik beradik isteri

6. Kakak ipar

7. Adik ipar perempuan

8. Sepupu perempuan

9. Sepupu ayah (perempuan)

10. Sepupu emak (perempuan

Menjadi kelaziman golongan muda bersalam dan mencium tangan orang yang lebih tua sebagai tanda penghormatan.

Bukan mahram yang tidak boleh bersalam bagi wanita

1. Suami kepada adik beradik bapa

2. Suami kepada adik beradik emak

3. Adik beradik lelaki bapa mentua

4. Adik beradik lelaki emak mentua

5. Anak lelaki adik beradik suami

6. Abang ipar

7. Adik ipar lelaki

8. Sepupu lelaki

9. Sepupu ayah (lelaki)

10. Sepupu emak (lelaki)

Memandangkan Hari Raya bakal disambut tidak lama lagi, diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda supaya lebih peka dan mengelakkan daripada melakukan dosa.

Adalah lebih baik kita menolak dengan baik apabila individu bukan mahram menghulurkan tangan untuk bersalaman demi mengelakkan daripada kejahilan amalan ini berleluasa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain