suria

Tak boleh campur susu dalam teh dan kopi? Ini penjelasan pakar, rupanya jejaskan khasiat

Kopi dan teh yang dicampurkan dengan susu akan menghilangkan khasiat minuman tersebut.

BETAPA nikmatnya minum air kopi atau teh yang dicampurkan dengan susu.

Malah, minuman tersebut sudah menjadi kegemaran rakyat di negara ini tidak kira bagi golongan kecil atau dewasa.

Namun, sebenarnya susu tidak boleh dicampur dengan bahan lain seperti teh dan kopi kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan pada tubuh.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang doktor perubatan, Dr Noordin Darus menerusi satu hantaran di media sosial.

Katanya, sumber susu dari binatang seperti lembu atau kambing mengandungi asid lemak.

Teh dan kopi mengandungi khasiat yang baik untuk badan.

Sekiranya dicampur dengan teh atau kopi, susu bukan dari sumber organik itu akan menghilangkan kandungan khasiatnya.

Untuk makluman, teh mengandungi molekul katekin manakala kopi memiliki asid klorogenik yang baik jika diminum.

Namun, molekul-molekul tersebut akan dibaluti oleh tenusu dan menyukarkan penyerapan khasiat oleh badan dan proses pencernaan dilakukan.

Menurut Dr Noordin, adalah lebih baik sekiranya susu tersebut digantikan dengan santan atau susu daripada ekstrak bijirin yang lebih berkhasiat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain