suria

Bagi cik abang minum ni dulu sebelum masuk bilik... Ini petua hilangkan dengkur agar tidur lebih berkualiti

Ramuan air kunyit dapat membantu menghilangkan masalah dengkur

BERDENGKUR adalah situasi biasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat terutama mereka yang melakukan pekerjaan berat.

Meskipun dianggap normal, namun ia boleh menunjukkan masalah kesihatan yang serius seiring pertambahan usia.

Tambahan pula, bunyi dengkur yang kuat boleh mengganggu waktu tidur pasangan mahupun orang sekeliling.

Jika anda berhadapan situasi ini, jangan berasa bimbang kerana masalah berdengkur boleh diatasi dengan cara semulajadi.

Ikuti perkongsian daripada Cha Herb Store menerusi petua ibu di laman TikTok.

Campuran madu dapat memberikan rasa yang lebih enak.

Campuran madu dapat memberikan rasa yang lebih enak.

1. Ambil kunyi hidup sebesar ibu jari.

2. Bersih dan tumbuh sehingga hancur.

3. Masukkan hasil tumbukan tadi ke dalam cawan dan isi air panas.

4. Tutup cawan tadi dan tunggu sehingga lima minit.

5. Apabila sudah sedikit suam, minum sedikit demi sedikit.

6. Boleh juga ditambah dengan madu supaya minuman tadi lebih sedap dan sedikit manis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain