suria

Anak kerap demam, tidak bermaya? Cuba bawa pijak tanah berkaki ayam, boleh tingkatkan imun si kecil

Anak-anak perlu bermain di tanah atau pasir bagi meningkatkan imun badan mereka.

PERKEMBANGAN dan tumbesaran seorang anak pasti akan terganggu apabila si kecil itu sentiasa mengalami demam dan tidak bermaya.

Ibu bapa juga akan turut terkesan dengan situasi tersebut kerana penjagaan rapi perlu dilakukan bagi memastikan anak-anak kembali sihat dan aktif.

Bagi mengelakkan keadaan tersebut berterusan, ibu bapa bolehlah mencuba kaedah praktikal yang dikongsikan pengamal perubatan Dr Mazliana Mazlan ini.

“Ajak anak grounding di tanah, rumput atau pantai... paling kurang dua kali seminggu.

“Cuba lakukan selama sebulan, anda boleh nampak imun anak semakin kuat. Pada masa sama, setiap pengambilan makanan dan minuman anak-anak perlu dijaga,” katanya.

Grounding merupakan teknik memijak tanah tanpa sebarang alas seperti kasut.

Berkebun adalah cara terbaik meluangkan masa bersama si kecil.

Berkebun adalah cara terbaik meluangkan masa bersama si kecil.

Ini lima kelebihan grounding untuk si comel anda.

1. Bantu mudahkan tidur anak di malam hari. Kalau anak susah tidur malam, cuba kerapkan grounding.

2. Kurangkan radang dalam badan, bagus untuk anak asthma.

3. Kuatkan imuniti anak, apabila demam batuk cepat sembuh.

4. Perbaiki emosi anak, naikkan hormon gembira dan kurangkan hormon stres.

5. Lancarkan perjalanan darah. Sistem tubuh lebih teratur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain