suria

Sensasi ‘thrill’, boleh bergaya sakan untuk tatapan si dia... Ini 5 punca ramai pasang skandal di tempat kerja

Banyak kes curang melibatkan golongan sudah berkahwin berlaku di tempat kerja. -Gambar hiasan

CURANG di tempat kerja adalah isu yang semakin dibincangkan serta dikongsikan di media sosial.

Situasi ini boleh berlaku atas beberapa faktor yang berkaitan dengan sikap manusia, juga suasana di tempat kerja.

Terdapat beberapa sebab utama yang menyebabkan kecurangan di tempat kerja boleh berlaku lebih-lebih lagi bagi individu sudah berkahwin.

Pandangan mengenai isu ini dilontarkan oleh seorang pelayar di TikTok yang turut dipersetujui ramai selepas dikongsikan semula di X.

Berikut adalah lima sebab utama kenapa isu kecurangan boleh berlaku:

1. Sensasi 'thrill' atau keseronokan

Curang boleh memberikan rasa adrenalina yang mengujakan.

Rasa tense (tegang) dan risiko apabila terlibat dalam hubungan sulit ini dapat mencipta rasa thrill (keterujaan) yang sukar dicapai dalam situasi lain.

2. Ganjaran psikologi (psychological reward)

Menyembunyikan hubungan dengan memadam bukti-bukti curang, seperti mesej atau komunikasi, sebelum pulang ke rumah boleh memberikan rasa kepuasan tersendiri.

Perasaan berjaya menipu ini sering kali mencipta rasa kepandaian dan pencapaian, seolah-olah anda telah mengatasi dan mengakali sistem.

Isu kecurangan di tempat kerja banyak dikongsikan di media sosial. -Gambar hiasan

3. Peluang terbuka

Tempat kerja adalah lokasi di mana anda berjumpa dengan ramai orang setiap hari, termasuk individu berpotensi menjadi kekasih gelap.

Anda mungkin berasa lebih bebas untuk terlibat dalam hubungan sulit ketika berada di tempat kerja kerana dapat mengelakkan diri daripada tanggungjawab seperti menjaga anak-anak.

4. Kesempatan berdandan, bersembang

Di tempat kerja, anda boleh berdandan atau melaram dengan lebih baik serta bersembang mesra dengan rakan sekerja.

Ini boleh memberikan suasana yang berbeza daripada di rumah yang menghalang anda dari meluangkan masa untuk diri sendiri.

5. Ilusi dan lakonan

Perasaan yang timbul daripada hubungan sulit hanyalah ilusi kerana apa yang anda rasakan dalam hubungan dengan kekasih gelap adalah lakonan semata-mata.

Jika membayangkan hakikat hidup bersama skandal tersebut, anda mungkin mendapati bahawa realiti kehidupan bersama tidak seperti yang dibayangkan.

Memahami sebab-sebab ini dapat membantu anda menyedari risiko dan membuat keputusan yang lebih bijak untuk melindungi diri dan hubungan dengan pasangan anda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain