suria

Kanak-kanak bukan ‘content’ media sosial! Ibu bapa kena ajar anak ‘jual mahal’, didik tentang privasi

Terdapat risiko bahaya apabila berkongsi video atau foto kanak-kanak. -Gambar hiasan

KES membabitkan seorang pemandu bas sekolah yang menjadikan kanak-kanak sebagai kandungan media sosial mula membuka mata banyak pihak tentang keselamatan dan privasi anak-anak di era digital.

Tanpa kita sedari, perbuatan seumpama itu sebenarnya merupakan satu langkah ke arah child grooming, iaitu usaha memanipulasi kanak-kanak secara perlahan untuk tujuan tidak baik.

Berikut adalah langkah-langkah penting yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk melindungi anak mereka:

1. Bertegas mengenai had atau limit dengan jelas

Pastikan anak-anak anda memahami bahawa gambar dan video mereka bukanlah bahan yang patut dikongsi tanpa izin.

Ajar mereka untuk tidak membenarkan orang lain merakam atau menyebarkan gambar tanpa kebenaran yang jelas.

Kanak-kanak perlu didedahkan mengenai risiko dan bahaya yang bakal mereka hadapi. -Gambar hiasan

2. Bincang secara terbuka

Ajak anak-anak berbincang tentang media sosial, termasuk risiko dan bahaya yang mungkin mereka hadapi.

Pastikan mereka tahu bagaimana untuk melindungi maklumat peribadi dan memahami pentingnya privasi.

3. Pantau aktiviti anak-anak

Selalu buat semakan aktiviti media sosial anak-anak seperti dengan siapa mereka berinteraksi bagi mengelakkan daripada terdedah kepada individu tidak dikenali atau berpotensi berbahaya.

Jika anda mengetahui atau mengesyaki adanya eksploitasi atau penyalahgunaan, laporkan kepada pihak berkuasa agar dapat membantu melindungi anak-anak dan mencegah kejadian tidak diingini.

Dengan langkah-langkah ini, kita boleh membantu memastikan bahawa anak-anak berada dalam persekitaran yang selamat dan dilindungi daripada sebarang risiko yang mungkin timbul daripada penggunaan media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain