APA sahaja menu yang sedang tular, pasti ramai pelanggan sangup beratur panjang untuk membeli.
Namun yang peliknya di Malaysia, banyak menu tular sering dihidangkan bersama keju cair atau cheese leleh.
Menurut laman advokasi kesihatan Public Health Malaysia, cheese leleh bukanlah keju sebenar yang mengandungi nutrisi seperti protein, kalsium, dan vitamin penting.
Sebaliknya, cheese leleh adalah gabungan bahan yang rendah khasiat tetapi tinggi risiko berikut:
1. Maltodextrin: Bahan pemanis yang menambah kalori tanpa manfaat kesihatan.
2. Gula dan garam berlebihan: Menyumbang kepada risiko diabetes, tekanan darah tinggi, dan penyakit jantung.
3. Kalori tambahan: Menggalakkan kegemukan yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit kronik.
4. Zero nutrisi: Tiada manfaat seperti keju asli, hanya rasa yang menipu.
Kesimpulannya, kesedapan cheese leleh adalah perangkap makanan yang menjejaskan kesihatan anda dalam jangka masa panjang.
Fikirkan, adakah rasa sebentar itu berbaloi dengan risiko kesihatan anda?