suria

Jangan tengok, biarkan sahaja! Ini 4 cara bantu mangsa keganasan rumah tangga

Tangkap layar video tular di media sosial. -Gambar hiasan

WARGA maya meluahkan rasa marah selepas tularnya video seorang lelaki menampar isterinya secara terbuka di sebuah pusat beli-belah di Kota Warisan, Sepang.

Jika anda menjadi saksi atau mengenali mangsa-mangsa keganasan rumah tangga, berikut merupakan empat cara untuk membantu mereka.

1. Teman ke balai polis

Biasanya mangsa keganasan rumah tangga takut untuk pergi sendiri ke balai polis.

Pertamanya, mereka tidak tahu langkah-langkah yang perlu diambil untuk menuntut keadilan.

Kedua, mereka juga risau sekiranya laporan itu diketahui pelaku, sekali gus menjadi punca dia dipukul lagi pada masa akan datang.

Mangsa juga mungkin tidak mempunyai kenderaan sendiri.

Jadi, anda boleh menawarkan diri untuk menemani mangsa ke balai polis.

Page one plan on the alarming of rape cases in the rising plus sexual booming. We will ask them to pose pictures on both with silhouette act. We will add graphics into it. Pleases give some space for graphics in the picture. Another picture is on child abuse. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Ada mangsa yang terus terseksa kerana takut untuk melarikan diri daripada pasangan. -Gambar hiasan

2. Bantuan perubatan

Jika mangsa cedera dan memerlukan rawatan, anda boleh membawanya ke hospital untuk pemeriksaan perubatan.

Anda juga boleh membantu mangsa untuk merekodkan sebarang bukti bagi membantu siasatan polis.

3. Hormati kepercayaan

Adalah penting untuk menghormati kepercayaan yang diberikan mangsa kepada anda dan memastikan situasinya dirahsiakan.

Ramai mangsa keganasan rumah tangga mungkin berasa malu jika orang lain mengetahui penderaan yang dialaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami lempang isteri di pusat beli-belah dirakam video ‘live’, polis buru pelaku

Oleh itu, penting untuk memastikan privasi mereka terjaga.

Jangan sesekali tularkan kisahnya di media sosial jika tidak diberi keizinan oleh mangsa.

Ini juga dapat melindungi mangsa daripada tindakan balas dendam oleh pelaku atau perhatian negatif daripada masyarakat.

4. Pastikan keselamatan mangsa

Anda boleh menawarkan perlindungan sementara buat mangsa dengan membantunya mencari tempat yang selamat.

Selain itu, anda juga boleh membantu mangsa melarikan diri dan terus menghantarnya ke balai polis atau ke rumah keluarganya.

Antara lain, bantu mangsa untuk berhubung dengan mana-mana agensi bukan kerajaan (NGO) atau peguam yang boleh membantunya.

Artikel Lain