RAMAI percaya bahawa makan buah ketika perut kosong lebih baik untuk kesihatan kerana kononnya nutrien di dalamnya lebih cepat diserap.
Namun menurut Kementerian Kesihatan Republik Indonesia, tiada bukti saintifik yang menyokong dakwaan ini.
Sebenarnya buah boleh dimakan pada bila-bila masa sama ada sebelum atau selepas makan, asalkan dalam jumlah yang disarankan iaitu sekitar 150 gram sehari.
Terdapat beberapa jenis buah sahaja sesuai dimakan individu bermasalah asid refluks.
Buah yang sesuai dimakan saat perut kosong
Beberapa jenis buah lebih mudah dicerna dan memberikan manfaat tertentu jika dimakan ketika perut kosong, antaranya seperti berikut.
1. Pisang – Kaya dengan kalium dan karbohidrat, memberikan tenaga segera dan menyeimbangkan elektrolit dalam badan.
2. Tembikai – Mengandungi 92 peratus kandungan air, membantu hidrasi serta kaya dengan antioksidan likopen (pigmen merah) yang baik untuk jantung dan kulit.
3. Betik – Tinggi serat dan enzim papain yang menyokong pencernaan serta membantu mengurangkan sembelit.
4. Buah beri – Penuh dengan antioksidan dan vitamin, baik untuk kesihatan jantung serta fungsi kognitif (aktiviti mental).
5. Epal – Serat tinggi membantu mengawal gula dalam darah dan memberikan rasa kenyang lebih lama.
6. Pir – Kaya dengan vitamin C, K, dan kalium yang membantu kesihatan jantung dan sistem pencernaan.
7. Kiwi – Mengandungi enzim aktinidin yang membantu pencernaan serta meningkatkan sistem imunisasi.
8. Nanas – Sumber vitamin C dan mangan (unsur kimia ditemukan dalam mineral) yang baik untuk sistem imun dan mengurangkan masalah kembung.
Walaupun buah-buahan ini memberikan banyak manfaat, tidak semua orang sesuai makan buah saat perut kosong.
Individu dengan masalah refluks asid mungkin perlu mengelakkan buah seperti nanas dan kiwi yang bersifat asidik.
Kesimpulannya, makan buah pada bila-bila masa tetap memberi kebaikan asalkan diambil dalam kuantiti yang disyorkan.
Apa yang penting ialah memastikan pemakanan seimbang agar tubuh mendapat semua nutrien yang diperlukan.